Mesyuarat silaturrahim bina sinergi Penggerak & Bersatu Selangor

17 Disember, SHAH ALAM: Penggerak Negeri Selangor dan Bersatu Selangor merintis langkah ke arah membina hubungan dan kerjasama strategik melalui mesyuarat silaturrahim yang berlangsung hari ini. “Pertama sekali saya amat berterima kasih kepada Dato Rashid selaku Pengerusi PPBM Selangor, Dato Zulkafperi selaku Timb Pengerusi PPBM Selangor, Dato Azman selaku SUN PPBM Selangor, atas kesudian meluangkan masa untuk bersama membincangkan hala tuju Parti PPBM dan PKN Selangor supaya dapat membina sinergi antara kedua belak pihak demi menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.” kata Pengerusi Penggerak Negeri Selangor, Haji Mohamad Fauzi Ahmad. Pimpinan kanan Penggerak… Read More

Jangan mudah kelirukan rakyat Selangor, tegas Setiausaha Penggerak Selangor.

Sekali lagi kekeliruan mengenai peranan PeKT atau Penggerak Komuniti Tempatan yang diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dianggap sebagai ‘overlap’ peranan ahli majlis PBT oleh kenyataan Exco Selangor YB Ng Sze Han hari ini. Walaupun telah dijelaskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin dalam setiap rangkaian media, kenyataan Exco Selangor tersebut mempunyai tujuan politik dan bukan fokus kepada isu urustadbir yang hendak diperkatakan. PeKT tidak terikat dengan undang-undang kecil PBT khusus peranan ahli-ahli majlis PBT kerana PeKT adalah rakan strategik komuniti yang menjadi agen komunikasi memberdayakan masyarakat… Read More

Melestarikan Tapak Runtuhan Highlands Tower

Semalam satu kenyataan rasmi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin mengenai cadangan melestarikan tapak runtuhan bangunan Highlands Tower yang sudah bertahun terbiar. Ada laporan media utama telah tersasar maksud daripada cadangan KPKT ini yang memberitakan bahawa ‘sebuah tugu peringatan akan dibina’ di lokasi tersebut. Cadangan melestarikan tapak tersebut adalah usaha menjadikan ia sebagai tapak bersejarah, melaksanakan usaha-usaha mengindahkan kawasan runtuhan dengan landskap yang lestari dan ceria. Apabila salah melaporkan berita, ia telah mencetuskan salahfaham dan kecaman akibat perspektif yang tersasar. Langkah melestarikan tapak runtuhan tersebut adalah memberi nafas baru… Read More

Penggerak Tanjong Karang Baiki Atap Penduduk

Ketika segelintir pihak politik menyerang NGO Penggerak atas alasan remeh, Penggerak Tanjong Karang terus melaksanakan tanggungjawab masyarakat. Sabtu lalu (21 November), gotong royong membaiki atap rumah seorang penduduk di Jalan Raja Musa, Bukit Belimbing. Kerja-kerja membaik pulih bumbung dapur kediaman Velayutham Perumal telah dimulakan awal pagi yang diketuai oleh Pengerusi Penggerak Tanjung Karang, Zainal Abidin Abdul Samad turut disertai oleh Wanita Now Tanjong Karang, Pemuda Negara Tanjong Karang, Wanita Muda Negara Tanjong Karang dan Pengerusi Penggerak Sungai Burong. Penggerak Tanjong Karang adalah antara NGO Penggerak Selangor yang aktif menjalankan kegiatan kemasyarakatan di… Read More