Perikatan Nasional Ampang santuni masyarakat, edar makanan percuma

29 Oktober, Ampang: Perikatan Nasional Ampang menggerakkan kerjasama melalui program sumbangan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul. Selepas gabungan politik ini dibentuk dan diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan, keterlibatan rasmi Perikatan Nasional buat pertama kali adalah semasa PRN Sabah lepas. Hari ini, Perikatan Nasional Ampang dengan kerjasama NGO Penggerak Komuniti Negara Parlimen Ampang telah menyantuni masyarakat awam di Parlimen Ampang melalui edaran makanan percuma. Edaran makanan tersebut pagi ini telah berlangsung di Taman Cahaya, Medan Bukit Indah, Kampung Melayu Ampang, Flat PKNS Tasek Tambahan dan Taman Sri Ampang.

Komuniti |Pasangan warga emas terima bantuan Deepavali

Sepasang warga emas di Kampung Kuantan, Kuala Selangor bakal meraikan Hari Deepavali dengan suasana ceria apabila menerima bantuan hiasan kediaman daripada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor. Inisiatif yang digerakkan oleh Puan Shoba Selvarajoo ini dengan dibantu oleh Encik Idham, Setiausaha PKN Kuala Selangor, Puan Sofea Nathasha, Pengerusi Kewangan PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor, Puan Kalaivany, Setiausaha PeKT MDKS Pengerusi Kuil Kampung Kuantan. Selain bantuan hiasan pasangan warga emas tersebut turut menerima bantuan medik. Inilah peranan PeKT yang membantu khidmat masyarakat seiring dengan Dasar Komuniti Negara.

PeKT Kuala Selangor jalin hubungan dengan PDRM

Peranan memperkasakan komuniti bukan setakat melaksanakan gerak kerja sosial untuk komuniti tetapi ia turut melibatkan pembinaan hubungan baik dengan agensi-agensi kerajaan. Baru-baru ini, ahli Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor telah membekalkan makanan percuma kepada PDRM Kuala Selangor. Inisiatif ini telah digerakkan oleh Puan Shoba Selvarajoo. Situasi PKPB di Selangor ini, peranan barisan hadapan khususnya anggota PDRM menjadi tunjang penting. Edaran bekalan makanan kepada Balai Pegawai-pegawai Polis, IPD Kuala Selangor, Balai Polis Jeram dan Balai Polis Batang Berjuntai telah digerakkan oleh PeKT Kuala Selangor Encik Hariprasath dan Encik Idham bersama Setiausaha PeKT… Read More

Projek Air Bukit: alternatif sumber air penduduk Bukit Antarabangsa

Krisis gangguan bekalan air yang kerap melanda Lembah Kelang sejak dua minggu telah mencetuskan ilham buat komuniti tempatan Bukit Antarabangsa melaksanakan Projek Air Bukit sebagai alternatif sumber air buat penduduk-penduduk kawasan sekitar. Inisiatif yang digerakkan oleh Pejabat Parlimen Ampang bersama AJK Masjid Bukit Antarabangsa, para penduduk dan sekumpulan sukarelawan Kampung Sering telah bergotong-royong menjayakan projek ini. Projek Air Bukit ini akan membantu penduduk-penduduk kawasan sekitar sekiranya berlaku gangguan bekalan air pada masa akan datang. Ia adalah gerak kerja kemasyarakatan yang menjadi usaha penting mengatasi masalah gangguan bekalan air. #dasarkomunitinegara #perihatinterusbekerja #KPKT #penggerakkomunitinegara