Teori Kamal Hatta: Semakin diasak, semakin kuat Zuraida Kamaruddin bekerja

Selepas berlalu episod isu ‘direct nego’, Zuraida Kamaruddin semakin kuat bekerja, walaupun macai-macai PH dan PKR ada kegigihan menembak komen di sosmed Menteri KPKT ini. Kalau kau orang perasan semalam, Zuraida Kamaruddin telah merasmikan pembukaan pejabat NGO Penggerak Komuniti Negara DUN Bukit Melawati di Kuala Selangor. PKR sibuk nak membunuh Zuraida di Ampang sampai terpaksa import pelakon (bekas pengerusi Finas yang bermasalah) untuk dijadikan calon PRU15 nanti. PKR sebenarnya tak ada tokoh kaliber di Ampang untuk lawan Zuraida. Kalau nak letak budak AMK yang angkut usung sana sini Hans Isaac tu pun… Read More

Komuniti | Menyantuni Aktivis Masyarakat Yang Keuzuran

Bandar Rincing, 22 Julai: Hari ini, Adun Sementa, YB Dr. Daroyah Alwi bersama Penggerak Komuniti Negara Selangor menziarahi bekas Ketua Cabang Hulu Langat, Puvinendran a/l Munusamy di kediaman beliau di Bandar Rincing, Semenyih. Puvinendran merupakan aktivis masyarakat di Hulu Langat mengalami sakit stroke. Wakil YBM Hajah Zuraida Kamaruddin dan PKN Selangor turut memberi sumbangan kepada Puvinendran yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi PKN Selangor, Haji Mohamad Fauzi Ahmad. _PPI