Tabung Rayuan Palestin berjaya kumpul RM700,000

9 Julai 2021, PUTRAJAYA: Tabung Rayuan Palestin yang dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 28 Mei lalu telah berjaya mengumpul sejumlah RM700,000. Menterinya, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin melalui kenyataan rasmi hari ini menyebut sejumlah RM185,000 telah disumbangkan oleh Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN)┬ádan RM515,000 dari seluruh warga KPKT termasuk PR1MA, SWCorp dan SPNB. “Tabung Rayuan Palestin ini dilancarkan adalah sebagai tanda solidariti keprihatinan rakyat Malaysia khususnya warga KPKT terhadap penderitaan, kesengsaraan dan kekejaman yang dihadapi oleh rakyat Palestin pada ketika ini,” kata Zuraida. Menurut Zuraida, keseluruhan jumlah sumbangan… Read More

Komuniti: PKN Kapar daftar MySejahtera B40 bantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan

NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kapar telah menggerakkan Program Vaksinasi Covid-19 sebagai suatu usaha membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan. Program dua hari (19 & 20 Jun 2021) yang dijalankan ini adalah mendaftarkan komuniti B40 ke dalam aplikasi MySejahtera di Taman Seri, Teluk Datuk dan Sungai Sedu, Banting. Hari kedua program di Sungai Sedu, seramai 45 orang telah berjaya didaftarkan dalam aplikasi MySejahtera. Usaha yang digerakkan oleh PKN Kapar diketuai oleh pengerusinya, Vasantha Kumar seiring dengan gerakan mobilasi sukarelawan vaksinasi yang telah dijalankan oleh KPKT di Ampang pada awal bulan ini. _PPI

Gandingan dua menteri wanita, nadi penggerak MOVAK

MOVAK adalah singkatan kepada Mobilasi Vaksin Komuniti yang telah dilancarkan pada 19 Jun 2021 lalu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balik Pulau, Pulau Pinang. Program ini adalah suatu usahasama gandingan dua kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Kementerian Perpaduan Negara yang diterajui oleh YB Datuk Halimah Mohamed Sadique. Gandingan dua menteri wanita ini sangat menarik kerana kedua-duanya telah menyerlahkan usaha jitu kerajaan meningkatkan pemberian dos vaksin kepada rakyat bagi mencapai sasaran 80 peratus ‘herd immunity’menjelang Oktober tahun ini…. Read More

PKN teruskan kutipan dana Tabung Rayuan Palestin

8 Jun 2021, PUTRAJAYA: Selepas pelancaran Tabung Rayuan Palestin peringkat KPKT pada 28 Mei lalu dan seterusnya dilanjutkan ke peringkat nasional melalui usahasama NGO Penggerak Komuniti Negara seluruh negara, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan derma terus melalui akaun bank khas untuk tabung ini. Solidariti rakyat melalui sumbangan derma kepada rakyat Palestin boleh disalur atau secara online atas nama Tabung Rayuan Palestin, ke akaun berikut; Bank Simpanan Nasional (BSN) Nombor akaun: 14125 41 1000294 17 Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Hizwan Ahmad hari ini ke Bank Simpanan Nasional, Cawangan Utama… Read More