PKPD dijangka dilaksana di mukim sekitar Kuala Muda

Alor Setar: Beberapa mukim di Kuala Muda dijangka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan peningkatan kes aktif Covid-19 di kawasan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata cadangan PKPD di mukim terbabit adalah berdasarkan kajian dan alasan jabatan kesihatan negeri (JKN) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Jadi ia akan diumumkan oleh MKN, saya tak pasti berapa mukim yang akan dikenakan PKPD, mungkin dua atau lebih. “Kebanyakan kes di mukim ini membabitkan kluster kilang, ia bermula di asrama pekerja kilang dan merebak dalam kalangan komuniti,”… Read More

10 sektor di bawah KPKT boleh mohon surat kebenaran operasi semasa PKP

Ketahuikah anda bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyenaraikan 10 sektor perkhidmatan perlu di bawah kementerian itu, yang boleh memohon surat kebenaran beroperasi dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (PKP 3.0). Sektor yang terlibat ialah pajak gadai; pengurusan strata bagi pengurusan badan pemaju; pengurusan strata bagi pengurusan badan JMB atau MC; pengurusan strata bagi pengurusan hartanah strata (JMB atau MC) dan pemungutan sisa pepejal (isi rumah atau komersil, perindustrian dan keinstitusian atau pembinaan). Turut tersenarai sektor pembersihan awam (merangkumi negeri-negeri yang menerima pakai atau tidak menerima pakai Akta 672); sanitasi awam oleh… Read More

Tiga bulan tanpa gaji buat menteri dan timbalan menteri, wang disumbangkan untuk COVID-19

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021. Menurutnya, wang tersebut akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.Tegasnya, tindakan itu sama seperti diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) yang dikuatkuasakan pada Mac tahun lepas. “Keputusan untuk melaksanakan lockdown ini adalah satu keputusan yang sukar tetapi terpaksa dibuat. Sama ada lockdown yang dilaksanakan ini akan berjaya atau tidak semuanya terserah kepada saudara dan saudari serta ketentuan Ilahi. “Kerajaan telah menutup hampir… Read More