PKN Negeri Sembilan lancar program Kongsi Rezeki

9 Julai 2021, SEREMBAN: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan telah melancarkan ‘Program Kongsi Rezeki’ sebagai inisiatif membantu masyarakat yang memerlukan khusus semasa PKP. Menurut Pengerusinya, Haji Mohd Nazree Yunus program ini merupakan program agihan sumbangan kepada masyarakat melalui kaedah infaq atau derma. Kata beliau lagi, PKN Negeri Sembilan juga menerima sumbangan dalam bentuk barangan daripada rakyat prihatin yang ingin bersama-sama NGO ini dalam membantu masyarakat. “Kaedah Infaq atau Derma telah menjayakan program ini. Suatu kesedaran komuniti yang harus dibina dalam diri masyarakat,” “Kita harus bersama-sama membawa masyarakat menang dalam usaha… Read More

Lebih 6,000 kes Covid-19 semalam, berapa kali PKP mahu gagal? soal Najib

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak mempersoalkan keberkesanan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh yang dilaksanakan hampir sebulan memandangkan jumlah jangkitan harian kembali melepasi 6,000 kes semalam. Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 pagi ini meningkat kepada 1.04 berbanding paras neutral 1.0 beberapa hari lalu. “Adakah ‘total lockdown’ yang sudah sebulan lamanya turut gagal? Kadar di atas paras neutral 1.0 bermakna kes baharu dalam trend meningkat dengan pesat…kes baharu juga naik semula ke paras 6,000 kes semalam. “Kadar positif (kes positif berbanding jumlah saringan) semalam terus naik ke paras… Read More

Sentimen PKS berada pada tahap terendah

KUALA LUMPUR: Sentimen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) jatuh ke tahap terendah susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini, demikian menurut RAM Holdings Bhd. Firma penarafan kredit itu berkata, dalam Indeks Keyakinan Perniagaan RAM Suku Kedua 2021, sentimen PKS menjunam ke paras terendah pada 33.2 daripada 38.7 pada suku tahun sebelumnya. “Indeks yang merekodkan bacaan 50 dan ke bawah menunjukkan keadaan pesimis dalam tinjauan perniagaan sehingga enam bulan ke depan. “Tinjauan itu, yang membabitkan sekitar 180 firma, menyoroti nasib PKS dalam usaha untuk bertahan dalam sekali lagi sekatan pergerakan dan… Read More

PKP: antara nasib dan rezeki penjaja kecil PBT dengan peniaga Pasar Borong Selangor

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) kali ini hanya membenarkan sektor ekonomi perlu (essential) berlangsung. Ini termasuk sektor jualan makanan dan penghantaran. Malah peniaga-peniaga kecil dan penjaja yang mempunyai lesen PBT dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini. Kebenaran itu telah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1 Jun lalu. Kebenaran tersebut telah memberi kelegaan buat kelompok peniaga dan penjaja yang mempunyai lesen tahunan dan lesen sementara PBT untuk mencari rezeki ketika PKP. Peniaga dan penjaja yang bijak akan bergandingan dengan syarikat-syarikat khidmat penghantaran seperti Food Panda, Grab Food atau Lalamove… Read More