Aktiviti sosial, rentas negeri dibuka pada fasa keempat

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited untuk mengembalikan semula norma kehidupan seharian pada Fasa Keempat – fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara. Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fasa ini dapat dilaksanakan apabila bilangan kes Covid -19 adalah rendah, sistem kesihatan awam berada pada tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok selewatnya pada akhir tahun ini. Menurut Perdana Menteri, pelan ini juga merupakan… Read More

Iswardy Morni, suspek hina Agong ditahan polis

PENGERUSI Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni ditahan polis sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di laman Youtube yang disiarkan secara langsung dan didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, l-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Difahamkan, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar telah mengesahkan Iswardy ditahan dirumahnya di Kajang kira-kira jam 11 malam ini. “Kes ini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan permohonan reman akan dilakukan esok, “ katanya sambil menambah, kes ini disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun… Read More

Sinis PKP Oh PKP

PKP Semula – Marah kata kerajaan zalim! Laksana PKPB – Marah kata ia tak cukup berkesan! Perketatkan SOP – Marah sebab rasa terkongkong! Longgarkan SOP – Marah sebab kes masih tinggi! Bagi rentas negeri dan daerah – Marah! Buka Sesi Persekolahan – Marah katanya bahaya! Tutup Sesi Persekolah – Marah susah belajar. Anak tiada siapa jaga!? Tutup kilang dan pembinaan – Marah Sekat Rezeki pekerja! Buka kilang dan pembinaan – Maki hamun punca kluster! 14 hari Kuarantin – Marah sebab lama sangat susah nak cari makan! 10 hari Kuarantin – Tak cukup… Read More

Usahasama GD Holdings-Majlis Bandaraya Seremban wujudkan tapak Bazar Ramadan Bandar Baru Nilai

19 Mac, NILAI: Syarikat GD Holdings Sdn. Bhd. telah mempergiatkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui penyerahan kawasan lapang berhampiran Galeri Jualan Bandar Wawasan di Bandar Baru Nilai tanpa dikenakan sebarang Fi atau bayaran kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk dijadikan Tapak Penganjuran Bazar Ramadan yang akan diuruskan sepenuhnya oleh MBS. Hasil usaha yang digerakkan oleh Rosman Jonet, Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan melalui beberapa siri perbincangan dan mengambil inisiatif dengan menjalinkan kolaborasi strategik bersama syarikat swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan. Langkah ini untuk membantu peniaga yang terjejas sumber pendapatan akibat… Read More