PKPB di beberapa mukim bermula 6 November

Majlis Keselamatan Negara telah memaklumkan langkah pelaksanaan PKPB bermula 6 November ini hingga 19 November di 12 mukim dalam Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. PKPB turut dilaksanakan bermula 7 November hingga 20 November di mukim Parit Buntar dalam Daerah Kerian, Perak, mukim Jimah (Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan) dan mukim Rasau (Daerah Dungun, Terengganu.

Bantuan Prihatin Nasional disalur, melegakan rakyat

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah pun disalurkan terus ke akaun orang ramai yang layak bermula 22 Oktober lepas. Ketika gelombang ketiga Covid-19 melanda negara, bantuan kerajaan ini telah melegakan kebanyakan rakyat bagi meringankan bebanan kos akibat pelaksanaan PKP dan beberapa negeri melalui pelaksanaan PKPB yang telah menghadkan pergerakan rakyat bagi mengelakkan penularan wabak. Pemberian wang bantuan ini fasa pertama akan bermula 22 Oktober dan fasa kedua pula akan disalurkan pada awal tahun 2021. Bantuan Prihatin Nasional ini adalah lanjutan daripada bantuan yang pertama ketika pertengahan tahun ini semasa negara menghadapi Perintah… Read More

COVID-19: Malaysia sudah laksana penjujukan genom – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 22 Okt — Penjujukan genom virus COVID-19 membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perancangan untuk meningkatkan kesiapsiagaan menangani pandemik itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia telah pun menjalankan jujukan genome tetapi bukan pada semua kes dikesan positif namun bergantung kepada kluster. “Daripada awal lagi kita telah laksanakan, contohnya perhimpunan Sri Petaling didapati ada 692 jemaah dari Indonesia. Ketika itu andaian kita jangkitan itu mungkin datang dari Indonesia tetapi apabila kita melaksanakan genomic sequencing kita dapati sekarang jangkitan itu daripada strain Indonesia. “Jadi kita tahu pada permulaan… Read More

Komuniti |Penggerak Hulu Langat edar cili segar

18 Oktober, Hulu Langat: Kisah menarik dari Hulu Langat apabila NGO Penggerak Hulu Langat mengedarkan cili segar kepada penghuni Flat Taman Wawasan Batu 14 hari ini. Kebiasaan program begini, edaran berupa pakej makanan atau barangan keperluan dapur. Program tersebut bermula jam 2:30 petang turut disertai oleh Wanita Muda dan Pemuda Negara Parlimen Hulu Langat.