Penduduk Mentari Court akan terima vaksin Ahad ini

PETALING JAYA: Penduduk Apartment Mentari Court, Sunway Mentari, kumpulan pertama pelaksanaan vaksin dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Selangor. Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar, berkata penduduk di apartment terbabit akan menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula Ahad ini. Kawasan berkenaan yang dikenakan PKPD bermula hari ini, didiami oleh warga tempatan dan warga asing yang bekerja di kawasan kilang berhampiran. Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan ujian saringan ke atas 17,000 penduduk yang mendiami 3,469 unit di tujuh blok kediaman di kawasan berkenaan. “Selain saringan COVID-19, lokasi ini akan menjadi kawasan perintis… Read More