PKPD 34 mukim di Selangor tamat hari ini

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 34 mukim di Selangor tamat mengikut jadual yang ditetapkan, hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terlibat Sumber : K! ONLINE

Tiada kawad duri PKPD di 34 mukim di Selangor: Polis

SHAH ALAM – Tiada pagar kawat berduri yang akan dipasang di 34 mukim di Selangor, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula tengah malam ini hingga 16 Julai. Sebaliknya, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya akan mempertingkatkan kawalan di sekatan jalan raya. Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan 80 peratus kekuatan daripada hampir 14,000 anggota dan pegawainya bagi operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKPD dalam memastikan tiada individu yang merentas kawasan. “Apa yang kita buat, kita akan lakukan sekatan jalan raya di laluan kebiasaan orang ramai… Read More

PKPD dijangka dilaksana di mukim sekitar Kuala Muda

Alor Setar: Beberapa mukim di Kuala Muda dijangka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan peningkatan kes aktif Covid-19 di kawasan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata cadangan PKPD di mukim terbabit adalah berdasarkan kajian dan alasan jabatan kesihatan negeri (JKN) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Jadi ia akan diumumkan oleh MKN, saya tak pasti berapa mukim yang akan dikenakan PKPD, mungkin dua atau lebih. “Kebanyakan kes di mukim ini membabitkan kluster kilang, ia bermula di asrama pekerja kilang dan merebak dalam kalangan komuniti,”… Read More

Berita Ringkas |Dua Kawasan di Perlis Kena PKPD

‪Dua kawasan di Perlis iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) bermula dari hari ini hingga 31 Ogos. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penguatkuasaan TEMCO itu melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk. https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1868839#.XzER9ISMx2k.twitter‬