46 Individu Kena Kompaun, Berkumpul Di Kedai Makan

ALOR SETAR: Seramai 46 pelanggan kedai makan di Tebengau di sini, semalam, ditahan polis selepas mereka didapati ingkar serta tidak patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam pemeriksaan pada jam 5 petang itu, pelanggan didapati berkumpul di dalam pondok kedai dalam jumlah terlalu ramai tanpa mengamalkan penjarakan sosial. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata kedai makan itu juga didapati gagal menyediakan penyukat suhu badan dan mengambil butir pelanggan. Katanya, berikutan itu kesemua pelanggan berusia antara 19 hingga 67 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)… Read More

Sanitasi Awam ‘Mensucikan’ Bandar

Setakat ini di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sebanyak 8,874 operasi sanitasi awam dilakukan di 134 zon. Imbasan semasa operasi ini dimulakan beberapa bulan dulu, muncul kecaman yang mempertikaikan rasional ia dijalankan. Segelintir pihak menyindir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun YBM Hajah Zuraida Kamaruddin tidak mempedulikannya. Namun di sebalik kecaman dan sindiran tersebut, beliau telah mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memperkemaskan prosedur operasi sanitasi. Setelah masyarakat negara ini melalui pelbagai langkah ketat sepanjang PKP, ia telah mencetuskan suatu keadaan baru khususnya suasana kebersihan dalam bandar. Masyarakat… Read More

PEKERJA PEMBERSIHAN HERO MASYARAKAT

Setiap bencana pasti ada rahmat di sebaliknya. Wabak Covid-19 yang melanda negara telah mencetuskan keperihatinan tiap warganegara. Warga barisan hadapan dihargai masyarakat sebagai perisai terkedepan menghadapi dan menanggani wabak. Namun penghargaan bermakna tidak dilupai kepada warga pekerja kutipan sisa pepejal. Mereka ini setiap hari akan melaksanakan tugas pembersihan dan menguruskan sisa buangan harian. Warga pekerja kutipan sisa buangan ini meletakkan diri kepada risiko kesihatan dan keselamatan diri demi melaksanakan tanggungjawab tugasan dan amanah yang mungkin tak terbuat oleh sebahagian besar masyarakat. YBM Hajah Zuraida Kamaruddin mengangkat peranan warga pekerja kutipan sisa buangan… Read More

Tiada lagi had maksimum 4 orang satu meja

Kerajaan telah menarik semula peraturan yang menetapkan kapasiti maksimum empat orang bagi satu meja terhadap orang awam yang makan di restoran. Menteri Pertahanan Ismail Sabri berkata kapasiti yang dibenarkan kini bergantung kepada ukuran meja namun masih perlu menjaga jarak sosial. “Boleh, selagi ada penjarakan sosial, boleh, kalau meja panjang boleh muat 10 orang, 10 orang (boleh duduk), tetapi mesti ada penjarakan sosial. Isunya adalah penjarakan sosial. “Kalau meja besar, (untuk 10 orang), takkan duduk dua (orang). Sebagai contoh, kalau meja itu muat untuk lapan, lapan lah (boleh duduk). Jadi kita tiada halangan… Read More