Zuraida terus bekerja, PKR kekal mengejar bayangan

Tindakan PKR mengemukakan saman RM10 juta adalah episod baru politik negara yang terjadi selepas kejayaan Perikatan Nasional meraih kemenangan PRN Sabah dengan kerjasama politik antara Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Namun tindakan PKR itu ibarat lawak politik. Semua orang satu Malaysia tau bahawa PKR memecat keanggotaan Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin pada 26 Febuari lalu. Azmin dan Zuraida setelah dipecat oleh PKR, kedua-duanya mengumumkan keluar parti bersama lapan lagi MP PKR. Mereka ini dikenali sebagai ‘G-10’. Itu hakikat peristiwa yang terjadi. PKR memecat keanggotaan Azmin dan Zuraida. Ia menjadi titik… Read More

Bekas barisan pimpinan PKR Jelebu sertai Bersatu

3 Oktober, PERTANG Bekas pimpinan PKR Jelebu dan sekumpulan 50 bekas ahli parti tersebut yang terdiri daripada bekas Naib Ketua Cabang, Ketua AMK, Ketua Serikandi dan beberapa AJK Cabang telah menyertai Bersatu dalam Majlis Permuafakan di Dewan Pertang, Pekan Pertang petang tadi. Tang Jayson mengetuai kumpulan bekas pimpinan PKR Jelebu telah menyerahkan borang permohonan keahlian Bersatu kepada YB Senator Tan Sri Rais Yatim, Yang DiPertua Dewan Negara merangkap Ketua Bahagian Bersatu Jelebu. Sebelum itu dalam ucaptama majlis tersebut, Jayson menyatakan perasaan gembira dan berbesar hati kerana Bersatu membuka keahlian kepada semua rakyat… Read More

Teori Kamal Hatta: Sabah Tumbang Akibat Kecelakaan Anwar

Selesai urusan kerja-kerja aku dalam pilihanraya Sabah. Akibat kes Covid-19 naik mencanak di Tawau, aku juga dalam proses kuarantin. Pedulikan hal Covid ni, Warisan Plus dah tumbang gara-gara kecelakaan Anwar. Anwar ni memang dah melekat sial politik sebab disumpah seranah kawan-kawan lama dia. Aku kenal perangai politik Anwar, suka janji boombastic dengan banyak orang dan banyak tak tertunai. Itu yang ramai sumpah seranah. Teori aku mudah, elok Anwar disumbat semula ke dalam penjara. Aman negara ni. Kau orang jangan buta tuli dan bebal taksub melampau. Dia bukan wali, jauh sekali dewa. Kau… Read More

Teori Kamal Hatta: Semakin diasak, semakin kuat Zuraida Kamaruddin bekerja

Selepas berlalu episod isu ‘direct nego’, Zuraida Kamaruddin semakin kuat bekerja, walaupun macai-macai PH dan PKR ada kegigihan menembak komen di sosmed Menteri KPKT ini. Kalau kau orang perasan semalam, Zuraida Kamaruddin telah merasmikan pembukaan pejabat NGO Penggerak Komuniti Negara DUN Bukit Melawati di Kuala Selangor. PKR sibuk nak membunuh Zuraida di Ampang sampai terpaksa import pelakon (bekas pengerusi Finas yang bermasalah) untuk dijadikan calon PRU15 nanti. PKR sebenarnya tak ada tokoh kaliber di Ampang untuk lawan Zuraida. Kalau nak letak budak AMK yang angkut usung sana sini Hans Isaac tu pun… Read More