NGO masyarakat Sekijang gesa polis siasat Natrah Ismail

SEKIJANG: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat di Sekijang tampil dan menggesa supaya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat MP Sekijang, Natrah Ismail yang didakwa melaporkan maklumat palsu bahawa beliau telah disogok RM10 juta agar melompat parti. NGO Penggerak Komuniti Negara Parlimen Sekijang, Pertubuhan Kebajikan Muafakat Segamat, Nation of Women (NOW) Parlimen Sekijang, Pertubuhan Badan Kebajikan Segamat, Kelab Shima Fitnes dan Kelab Zumba Muafakat Segamat telah mengeluarkan kenyataan media bersama menggesa siasatan dan tindakan undang-undang PDRM atas laporan palsu Natrah Ismail. Awal bulan Mac yang lalu, Natrah Ismail mendakwa telah didatangi oleh dua… Read More

300 ahli PKR keluar parti, sertai Gerakan

IPOH – Seramai 300 individu mendakwa bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada Rabu. Seorang bekas ahli PKR Cabang Ipoh Barat, Alfaizal Shahul Hamid, 44, yang mewakili kumpulan itu berkata, keputusan yang dibuat bersama rakan-rakan lain menyertai Gerakan itu disebabkan mereka hilang kepercayaan kepada PKR. Menurutnya, selepas empat tahun sebagai ahli PKR, dia memilih untuk keluar parti sejak setahun yang lalu kerana parti itu dilihat hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri berbanding rakyat. “Pada pandangan saya, Gerakan lebih menumpukan usaha terhadap ekonomi serta kesejahteraan… Read More

Politik ‘mengejar angka’ dan penjajaran semula politik

Tiga minggu yang hangat selepas ulangtahun pertama Perikatan Nasional pada 26 Februari lepas, isu politik ‘mengejar angka’ menjadi topik utama berita politik Malaysia. Dua MP PKR iaitu Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) membuka kejutan dengan mengisytihar diri keluar dari PKR dan menjadi MP bebas menyokong Perikatan Nasional. Kemudian selang seminggu MP Kuala Langat, Xavier Jayakumar pula mengumumkan perletakan jawatan Naib Presiden PKR dan keluar parti. Beliau juga menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional. Peristiwa wakil rakyat keluar dan meninggalkan parti kembali melanda PKR. Imbasan pada penggal ke-12 dulu… Read More

Rencana: Tiada parti dominan Melayu

SEMUA parti politik di Malaysia dilihat masih berpeluang untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila bukan sahaja tiada parti yang dilihat dominan, malah ramai rakyat Malaysia yang masih boleh dianggap pengundi atas pagar. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan dua organisasi media utama negara, Sinar Harian dan Sin Chew Daily mendapati perpecahan parti Melayu menyebabkan sokongan dalam kalangan orang Melayu juga berpecah. Kaji selidik yang dijalankan melibatkan seramai 24,370 responden itu menyaksikan dalam kalangan parti Melayu, UMNO di depan dengan memperoleh 10.46 peratus sokongan diikuti Pas 7.58 peratus, Amanah 7.58 peratus, MUDA… Read More