Timbalan Speaker Selangor umum keluar PKR

Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Dr Daroyah Alwi, mengumumkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa hari ini. Dr Daroyah yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, itu turut meletakkan jawatan sebagai orang nombor dua dalam sayap wanita parti itu. “Keputusan ini dibuat kerana saya hilang keyakinan terhadap presiden dan parti yang alpa dengan perjuangan dan hala tuju,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, petang ini. Dr Daroyah yang juga Ketua Wanita PKR Selangor, berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepemimpinan… Read More

Dr Daroyah umum keluar PKR

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Dr. Daroyah Alwi mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta. Beliau hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Presiden PKR dan juga pimpinan parti kerana alpa dengan idealisme perjuangan serta hala tuju parti, katanya dalam sidang media hari ini. Daroyah juga terkilan dan kecewa kerana yang berjasa menjadi korban dan berlaku siri terancang pemecatan serta penggantungan anggota terutama melibatkan rakan seperjuangan yang lama memperkasa parti. Sumber : MalaysiaGazette

Timbalan speaker Selangor keluar PKR

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Daroyah Alwi, yang juga Adun Sementa mengumumkan keluar dari PKR. Beliau merupakan wakil rakyat terbaru yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti itu. Timbalan Ketua Wanita PKR itu berkata, keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhada kepimpinan parti yang dipimpin Presiden PKR, Anwar Ibrahim. “Saya bernombor ahli B1800073914 dengan ini ingin mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai timbalan ketua Wanita PKR pusat, serta keluar dari parti berkuat kuasa hari ini.null “Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada presiden juga parti yang… Read More

Kerusi Menteri Besar Amirudin Goyang

Resah Amirudin Shari mengenangkan nasib ‘kerusi empuknya’ dek move yang dilakukan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi yang mengistiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan keluar dari PKR. Mana tidaknya, move Ketua Cabang Kapar itu telah memberi kesan apabila mengurangkan sokongan kepada dirinya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi Negeri Selangor yang bakal menentukan siapa bakal menduduki kerusi Menteri Besar seterusnya. Amirudin dilihat hanya memiliki sokongan kuat 7 ketua cabang yang lebih dikenali sebagai ‘Team AS’ daripada keseluruhan 22 cabang yang ada di Selangor. Cabang-cabang tersebut adalah Gombak sendiri, Sepang, Kuala Selangor,… Read More