Timbalan speaker Selangor keluar PKR

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Daroyah Alwi, yang juga Adun Sementa mengumumkan keluar dari PKR. Beliau merupakan wakil rakyat terbaru yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti itu. Timbalan Ketua Wanita PKR itu berkata, keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhada kepimpinan parti yang dipimpin Presiden PKR, Anwar Ibrahim. “Saya bernombor ahli B1800073914 dengan ini ingin mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai timbalan ketua Wanita PKR pusat, serta keluar dari parti berkuat kuasa hari ini.null “Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada presiden juga parti yang… Read More

Kerusi Menteri Besar Amirudin Goyang

Resah Amirudin Shari mengenangkan nasib ‘kerusi empuknya’ dek move yang dilakukan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi yang mengistiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan keluar dari PKR. Mana tidaknya, move Ketua Cabang Kapar itu telah memberi kesan apabila mengurangkan sokongan kepada dirinya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi Negeri Selangor yang bakal menentukan siapa bakal menduduki kerusi Menteri Besar seterusnya. Amirudin dilihat hanya memiliki sokongan kuat 7 ketua cabang yang lebih dikenali sebagai ‘Team AS’ daripada keseluruhan 22 cabang yang ada di Selangor. Cabang-cabang tersebut adalah Gombak sendiri, Sepang, Kuala Selangor,… Read More

Naratif ‘Melayu malas’ kesilapan PH, kata Anwar

Melabelkan “Melayu malas” adalah antara kesilapan taktikal yang berlaku ketika pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH) selepas berjaya menumbangkan BN. Presiden PKR, Anwar Ibrahim, berkata PH perlu mengakui bahawa sepanjang mentadbir negara pemimpinnya telah mengeluarkan kenyataan yang melukakan hati orang Melayu. Jelas Anwar dalam satu wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, berkata PH gagal mengatasi masalah orang Melayu dengan baik ketika mereka diprovokasi. “Saya kata, bagi peluang, soal kemalasan sudah dijawab ratusan tahun. Baca (tulisan) Jose Rizal, The Indolence of The Filipinos. “Baca (tulisan) Syed Hussin Alatas, Mitos Pribumi Malas, The Myth of The Lazy Native. Ini sudah… Read More

PKR Pincang, Sayap Wanita Tanpa Nakhoda

Peranan wanita dalam politik tidak boleh dipandang remeh kerana mereka adalah jentera utama yang membawa kepada kejayaan mana-mana organisasi politik. Setelah mantan Ketua Wanita yang kali ini diangkat sebagai Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dipecat dari PKR, rata-rata melihat nasib golongan hawa kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan keanggotaan parti diletakkan di atas bahu ketua dan timbalannya yang baru iaitu Haniza Talha bersama Dr Daroyah Alwi. Perjuangan mengangkat martabat wanita negara diteruskan setelah kedua mereka dipilih mengemudi sayap berkenaan pada pemilihan lepas. Duo ini konsisten memperjuang dan mempertahan hak wanita di negara ini bukan… Read More