‘Pembersihan dalaman’ PKR bermula ketika pengikut setia Anwar bertembung selepas ketiadaan kumpulan Azmin

PKR kini bakal berdepan krisis dalaman terbaru selepas kembali menjadi pembangkang, kali ini dalam bentuk perubatan kuasa dan pengaruh antara dua orang pengikut setia presidennya, Anwar Ibrahim. Perkara ini berlaku selepas ketegangan antara setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli meletus sejak beberapa minggu lalu. Sejak kebelakangan ini, Rafizi yang dilihat tidak banyak menonjolkan diri dalam parti selepas kalah kepada Mohamed Azmin Ali dalam perebutan jawatan nombor dua PKR dua tahun lalu nampaknya sukar menyembunyikan rasa tidak senangnya dengan Farhash. “Anda harus kawal pejabat anda betul-betul,” kata… Read More

Ketua AMK Selangor terima surat pemecatan

Shah Alam: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Najwan Halimi mengesahkan menerima surat pemecatan jawatan itu daripada AMK Malaysia, pagi tadi. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik berkata, surat yang diterima kira-kira jam 11 pagi itu menyatakan pemecatan berkuat kuasa serta-merta. “Saya terima surat tapi bukan pemecatan daripada parti tapi pemecatan jawatan AMK negeri daripada Setiausaha Pusat (Ahmad Syukri Che Ab Razab). “Pelantikan saya sebagai Ketua AMK Selangor itu adalah hak prerogatif (AMK) Pusat dan saya terima keputusan itu, saya tetap menumpukan khidmat saya sebagai Adun dan dalam… Read More

Sahkan kerjasama dengan Anwar dalam pemilihan Umno, ahli MT beritahu Zahid

Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno menggesa pemilihan disegerakan supaya Ahmad Zahid Hamidi dapat mengubah keputusan parti yang sebelum ini menolak kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin berkata ini kerana presiden parti dan sekutunya masih meneruskan kerjasama dengan Anwar. “Kalau dia ubah keputusan, buatlah pemilihan parti yang mana ahli parti nak. Jika dia kata dia mahu buat jajaran baru jadi kita buat pemilihan parti. Adakah ahli Umno bersetuju atau tidak dan mahu tukar presiden? Jadi itulah jalan yang terbaik,” katanya kepada MalaysiaNow. “Sebelum ini dalam… Read More

NGO masyarakat Sekijang gesa polis siasat Natrah Ismail

SEKIJANG: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat di Sekijang tampil dan menggesa supaya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat MP Sekijang, Natrah Ismail yang didakwa melaporkan maklumat palsu bahawa beliau telah disogok RM10 juta agar melompat parti. NGO Penggerak Komuniti Negara Parlimen Sekijang, Pertubuhan Kebajikan Muafakat Segamat, Nation of Women (NOW) Parlimen Sekijang, Pertubuhan Badan Kebajikan Segamat, Kelab Shima Fitnes dan Kelab Zumba Muafakat Segamat telah mengeluarkan kenyataan media bersama menggesa siasatan dan tindakan undang-undang PDRM atas laporan palsu Natrah Ismail. Awal bulan Mac yang lalu, Natrah Ismail mendakwa telah didatangi oleh dua… Read More