Saifuddin syor berpolitik dengan tatacara komunikasi ummah

Kuantan, 22 Mac- Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah mengesyorkan supaya amalan berpolitik masa kini dilakukan dengan menggunakan komunikasi yang sesuai demi kepentingan serta kemaslahatan ummah dan bukannya melalui cara membuka aib, mengutuk atau memaki hamun mereka yang berbeza pendapat. “Kalau kita hendak mengkritik, itu adalah amalan biasa dalam politik. Namun mengkritik bukan bermaksud kita boleh mengutuk. Ada perbezaannya di situ dan bagaimana ia boleh dilakukan adalah bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing. “Tetapi tentu lebih baik sekiranya kita menyampaikan pandangan atau pendapat politik yang menjurus kepada kestabilan, penyatuan dan keharmonian, jelas… Read More

Politik ‘mengejar angka’ dan penjajaran semula politik

Tiga minggu yang hangat selepas ulangtahun pertama Perikatan Nasional pada 26 Februari lepas, isu politik ‘mengejar angka’ menjadi topik utama berita politik Malaysia. Dua MP PKR iaitu Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) membuka kejutan dengan mengisytihar diri keluar dari PKR dan menjadi MP bebas menyokong Perikatan Nasional. Kemudian selang seminggu MP Kuala Langat, Xavier Jayakumar pula mengumumkan perletakan jawatan Naib Presiden PKR dan keluar parti. Beliau juga menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional. Peristiwa wakil rakyat keluar dan meninggalkan parti kembali melanda PKR. Imbasan pada penggal ke-12 dulu… Read More

Yayasan Budi bantu baikpulih prasarana Balai Polis Titi

19 Mac, JELEBU: Yayasan Budi meneruskan program sentuhan masyarakat tempatan Jelebu hari ini di Pekan Titi, Jelebu. NGO yang dinaungi oleh Tan Sri Rais Yatim merangkap Yang Dipertua Dewan Negara menyantuni masyarakat Cina di Pekan Titi melalui program santai minum petang. Tan Sri Rais Yatim turut hadir meluangkan masa bersama masyarakat tempatan petang ini. Kesempatan program hari ini juga, beberapa sumbangan kepada masyarakat tempatan yang memerlukan telah disampaikan oleh Rais bersama beberapa wakil Yayasan Budi. Sumbangan kepada murid-murid cemerlang di Titi turut disampaikan. Antara wakil-wakil masyarakat setempat yang hadir adalah Tang Jayson,… Read More

Setahun penubuhan Perikatan Nasional, diasak mendepani cabaran semasa.

Genap setahun apabila Pakatan Harapan tumbang pada 23 Februari 2020 sebagai parti pemerintah kerajaan Persekutuan. Suatu peristiwa politik penting dalam sejarah Malaysia, buat kali pertama pemerintahan bertukar tangan melalui gerakan politik radikal. Politik Malaysia telah mencatat sejarah luarbiasa apabila Barisan Nasional yang berkuasa sejak tahun 1972 (sebelum itu Perikatan sejak 1957) ditewaskan pada 9 Mei 2018 melalui Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Perspektif pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) akan kekal beranggapan bahawa Langkah Sheraton pada 23 Februari tahun lepas adalah ‘pengkhianatan mandat rakyat’. Beberapa ahli parlimen PH yang sedang selesa menikmati… Read More