Azmin Ali Rasmi Pelancaran Pejabat Perikatan Nasional Gombak

29 November, GOMBAK: Pelancaran Pejabat Urusan PPBM Bahagian Gombak & Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional Parlimen Gombak oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berlangsung di Sri Gombak. Perasmian ini menjadikan Perikatan Nasional Parlimen Gombak antara kawasan pilihan raya terawal membuka pejabat urustadbir organisasi di Malaysia. Azmin Ali, Menteri Kanan Ekonomi merangkap Ketua Penerangan Perikatan Nasional dan Ahli Parlimen Gombak. Beliau juga adalah Pengarah Pilihanraya Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Tun Mahathir dijangka tubuh parti baharu petang ini

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menubuhkan sebuah parti baharu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia pada petang ini.null Menurut sumber, satu majlis pengumuman bagi penubuhan parti baharu itu oleh kem Dr Mahathir bersama enam lagi pemimpin Bersatu yang dipecat difahamkan akan diadakan di sebuah hotel di Bangsar pada jam 4.30 petang nanti. Bagaimanapun, perkara itu masih bergantung kepada keputusan kes saman dikemukakan Dr Mahathir dan lima pemimpin Bersatu lain bagi mencabar keputusan pemecatan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Pada 9 Jun lalu, Dr… Read More