#video KPKT Batalkan 31 Projek PR1MA

Angka terbaru dimaklumkan hanya 63 projek PR1MA masih diteruskan dan 31 lagi dibatalkan. Hasil daripada proses rasionalisasi untuk 94 projek PR1MA. KPKT telah memutuskan untuk meneruskan 63 projek dan menamatkan 31 projekyang tidak menguntungkan, dibatalkan bagi meminimumkan kerugian kerajaan kerana tanah-tanah ini kurang baik iaitu tidak strategik seperti jauh dan tiada pasaran. Keputusan pembatalan ini diambil untuk meminimumkan kerugian. Pampasan diberikan kepada pihak kontraktor jika kerja-kerja awalan dilakukan tertakluk kepada pengesahan dan penilaian Juruukur Bahan Profesional. Sebarang kos berkenaan dengan pembatalan pembelian unit yang telah diperakui akan ditanggung oleh pihak PR1MA.