Menteri KPKT turun padang, lawat tapak projek Residensi PD

8 Januari, PORT DICKSON: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini turun padang melawat tapak perumahan Residensi PD di Lukut, Port Dickson. Beliau bersama deligasi pejabat kementerian tiba di tapak lokasi jam 12:30 tengahari untuk meninjau sendiri tahap kerja-kerja pembinaan yang telah berlangsung. Projek perumahan Residensi PD adalah sebuah projek perumahan rakyat di bawah PR1MA. Hajah Zuraida turut menerima taklimat daripada wakil PR1MA progres kerja yang telah siap 75 peratus. Turut hadir di lokasi adalah Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet dan Pengerusi Penggerak Negeri… Read More

#video KPKT Batalkan 31 Projek PR1MA

Angka terbaru dimaklumkan hanya 63 projek PR1MA masih diteruskan dan 31 lagi dibatalkan. Hasil daripada proses rasionalisasi untuk 94 projek PR1MA. KPKT telah memutuskan untuk meneruskan 63 projek dan menamatkan 31 projekyang tidak menguntungkan, dibatalkan bagi meminimumkan kerugian kerajaan kerana tanah-tanah ini kurang baik iaitu tidak strategik seperti jauh dan tiada pasaran. Keputusan pembatalan ini diambil untuk meminimumkan kerugian. Pampasan diberikan kepada pihak kontraktor jika kerja-kerja awalan dilakukan tertakluk kepada pengesahan dan penilaian Juruukur Bahan Profesional. Sebarang kos berkenaan dengan pembatalan pembelian unit yang telah diperakui akan ditanggung oleh pihak PR1MA.