PRK N58 Slim: BN Menang Majoriti 10 Ribu Undi

Barisan Nasional mempertahankan kemenangan di N58 Slim pada PRK yang berlangsung hari ini. Calon BN, Zaidi Aziz memperolehi 13,060 undi manakala calon Bebas (Parti Pejuang) Amir Khusyairi mendapat 2,115 undi dan seorang lagi calon Bebas, Santharasekaran Subramaniam hilang deposit yang hanya memperolehi 276 undi. _PPI

PRK N58 Slim: Mengundi Awal Capai 79 Peratus Setakat Jam 1:00 tengahari

Perkembangan semasa proses pengundian bagi pemilih awal PRK N58 Slim setakat jam 1:00 tengahari tadi. Statistik Keluar Mengundi Awal Bagi Pilihan Raya Kecil N.58 SLIM pada jam 1.00 tengah hari : Peratus Keseluruhan : 79% Sumber: SPR

Berita Ringkas: Hari Mengundi Awal PRK N58 Slim

Hari ini, 25 Ogos 2020 proses pengundian bagi pemilih awal PRK N58 Slim berlangsung yang melibatkan 267 orang pemilih. Statistik Keluar Mengundi Awal Bagi Pilihan Raya Kecil N.58 SLIM pada jam 10.00 pagi : Peratus Keseluruhan : 33% Sumber: SPR

Berita Ringkas |PRK Slim: PN Tak Khuatir, Terus Laksana Kerja Untuk Rakyat

Perikatan Nasional tidak khuatir dengan keputusan Pilihan Raya Kecil kali ini kerana kerajaan kini melaksanakan kerja untuk rakyat, daripada peringkat kampung sehingga ke peringkat Menteri, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YBM Hajah Zuraida Kamaruddin. “Tidak kira siapa kita, baik pembangkang atau kerajaan. Keperluan rakyat perlu dijadikan agenda utama.” Beliau menyampaikan keyakinan tersebut dalam Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat DUN Slim di Taman Tasik YDP, Slim River pagi ini. _PPI