2020 Cipta Anjakan Politik Luarbiasa Malaysia

oleh Teropong UndiSepatutnya tahun 2020 menjadi titik anjakan kepada Wawasan 2020 yang diasaskan oleh Dr Mahathir Mohamad pada awal dekad 1990an dulu. Generasi muda waktu itu yang kini sudah berusia antara 36-48 tahun setiap hari perhimpunan sekolah didendangkan dengan lagu Wawasan 2020 nyanyian penyanyi Roy. Ucapan Dr Mahathir semasa memperkenalkan Wawasan 2020 antara petikannya, “with the greater creativity, with the greater effectively” benar-benar mempengaruhi kejadian tahun 2020 yang pelaksanaan itu patut berlaku ke atas ekonomi tetapi ia terjadi kepada politik. Generasi sekolah era pengenalan Wawasan 2020 hari ini paling terkesan dengan ‘gambaran’… Read More
Teori Kamal Hatta: Sabah Tumbang Akibat Kecelakaan Anwar

Selesai urusan kerja-kerja aku dalam pilihanraya Sabah. Akibat kes Covid-19 naik mencanak di Tawau, aku juga dalam proses kuarantin. Pedulikan hal Covid ni, Warisan Plus dah tumbang gara-gara kecelakaan Anwar. Anwar ni memang dah melekat sial politik sebab disumpah seranah kawan-kawan lama dia. Aku kenal perangai politik Anwar, suka janji boombastic dengan banyak orang dan banyak tak tertunai. Itu yang ramai sumpah seranah. Teori aku mudah, elok Anwar disumbat semula ke dalam penjara. Aman negara ni. Kau orang jangan buta tuli dan bebal taksub melampau. Dia bukan wali, jauh sekali dewa. Kau… Read More
Hajiji Diangkat sebagai KM Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mencapai muafakat semalam memilih Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri. GRS baru-baru ini telah memenangi PRN Sabah dengan 38 kerusi dun. Kedudukan semasa GRS diperkuatkan lagi setelah tiga Adun bebas turut mengumumkan sokongan bersama gabungan ini menjadikan GRS mempunyai 41 daripada 73 kerusi dun keseluruhan. Hajiji semalam turut menerima watikah pelantikan daripada Yang DiPertua Negeri Sabah dan akan mengangkat sumpah pada jam 10:30 pagi ini.