Politik |Perjuangan PCS dengan Warisan bagai langit dan bumi

KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Anifah Aman berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan parti tempatan lain yang mempunyai misi dan visi yang sama dengan parti diterajuinya. Bagaimanapun katanya, PCS yang baru dijenamakan semula beberapa minggu lalu itu akan bergerak bersendirian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang. “Kita boleh bekerjasama (dengan parti tempatan lain) jika ada misi dan visi yang sama kerana matlamat kita adalah untuk berjuang untuk orang Sabah. ”Ya kalau Warisan mempunyai misi dan visi yang sama, kenapa tidak (bekerjasama), tetapi bagi saya, PCS dan Warisan ini… Read More

Rencana |Kekal Semangat Di Bawah Bayu

Kedatangan Azmin dan Zuraida ke Negeri Di Bawah Bayu kali ini mendapat perhatian khusus pelbagai pihak termasuk ‘musuh politik’. Musuh-musuh politik melancarkan serangan melalui cytroo lebih kepada gangguan mencemar imej Azmin dan Zuraida tanpa berani berhujah fakta. Setakat ini tahap serangan cytroo upahan hanya berupaya mencaci dan maki hamun dengan tujuan menarik perhatian masyarakat kepada isu tak relevan. Namun hal ini tidak dipedulikan oleh Azmin dan Zuraida kerana mereka memahami orang politik akan ada ‘haters’ atau pembenci tegar. Kedua-duanya terus fokus melaksanakan peranan kepimpinan. Berbeza dengan PKR, naratif Azmin dan Zuraida lebih… Read More

17 Ogos untuk putuskan sama ada pembubaran DUN Sabah boleh diadili

07/08/2020 02:43 PM KOTA KINABALU, 7 Ogos  — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Ogos ini untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.  Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan membubarkan DUN Sabah.  Perkara itu dibawa ke mahkamah oleh Tengku Fuad Ahmad, peguam bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan 32 lagi ahli DUN yang memohon kebenaran mahkamah untuk semakan kehakiman. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tengku Fuad berkata… Read More

Politics |PAS sedia bertanding dalam PRN Sabah

KOTA KINABALU: PAS Sabah hari ini mengumumkan parti itu bersedia untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Aminiddin Aling berkata, parti itu mengenal pasti beberapa kerusi yang berpotensi untuk ditandingi. “PAS Sabah sudah memuktamadkan beberapa kerusi pilihan dan selebihnya diserahkan kepada PAS Pusat untuk berunding dengan rakan politik lain. “Sebagai gambaran awal, PAS sentiasa menonjolkan calon yang penuh karisma dan berintegriti serta mampu menjalankan amanah kepimpinan secara adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Aminuddin berkata, parti itu akan mengambil pendekatan mesra dengan semua… Read More