PEMULIH: Peminjam dapat penangguhan bayaran balik

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.6 juta rakyat akan mendapat manfaat menerusi inisiatif berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman, sekali gus berupaya menghadapi tempoh yang sukar ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata nilai keseluruhan inisiatif itu dianggarkan berjumlah RM400 juta yang bakal memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat. “Beberapa agensi kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran dengan pemberian moratorium bersasar kepada peminjamnya. “Penangguhan bayaran pinjaman pendidikan itu membabitkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memberikan moratorium selama tiga bulan kepada peminjamnya. “Selain itu, bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah… Read More