Tiada kebenaran rentas daerah, lelaki nekad berenang rentas Selat Pulau Pinang

GEORGE TOWN:¬†Hanya kerana mahu bertemu rakan, seorang lelaki nekad berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina di sini menuju ke Seberang Perai, pada Isnin. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata lelaki berusia 28 tahun itu berbuat demikian selepas gagal mendapatkan kelulusan rentas daerah daripada polis kerana tiada alasan munasabah. Soffian berkata lelaki itu bagaimanapun kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd dalam kejadian jam 6 petang itu. ‘Lautan luas sanggup ku renangi’ – Lelaki nekad… Read More

SPRM tahan pengerusi bergelar Datuk disyaki terima rasuah bernilai RM16 juta

GEORGE TOWN, 11 Julai — Seorang pengerusi lembaga pengarah sebuah syarikat koperasi hartanah yang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit menerima rasuah berjumlah lebih RM16 juta. Sumber SPRM memberitahu, suspek didakwa menerima sogokan tersebut daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri, melalui syarikatnya sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut untuk projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan. Katanya, suspek berdepan dengan lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) dan Akta… Read More

Mobilasi sukarelawan vaksinasi digerakkan di Pulau Pinang

20 Jun 2021: Inisiatif sukarelawan yang membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dilaksanakan di Pulau Pinang. Minggu lalu, mobilasi sukarelawan ini telah dimulakan di Ampang. Gerakan mobilasi vaksinasi adalah suatu usaha KPKT membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia mencapai sasaran 80 peratus ‘herd immunity’ menjelang Oktober tahun ini. Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah melancarkan Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK) iaitu inisiatif bersepadu bagi menyelaras gerak kerja Program Pemberian Dos Vaksin melalui unit-unit MOVAK iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilasi, Unit Jangkauan Komuniti… Read More

Cuba keluar dari kawasan PKPD, dua individu dikompaun RM10,000

By Malinda Abdul Malik – 7 June 2021 BALIK PULAU: Tindakan dua individu cuba menyelinap keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bayan Lepas di sini membawa padah selepas masing-masing dikompaun RM5,000. Kedua-duanya terdiri daripada seorang lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 23 tahun itu dikenakan kompaun ketika sepasukan polis menjalankan rondaan pematuhan PKPD di kawasan berkenaan semalam. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kompauan pertama dikeluarkan terhadap lelaki yang didapati sedang melangkah keluar dari pagar halangan sempadan PKPD di tepi jalan Bayan Lepas pukul 7.30 pagi…. Read More