Pegawai kementerian direman bantu kes rasuah RM1 juta

PUTRAJAYA: Seorang penolong setiausaha bahagian sebuah kementerian direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima rasuah dalam pelbagai bentuk dianggarkan bernilai RM1 juta. Perintah reman sehingga 27 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pagi tadi. Sumber berkata, suspek lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 9 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan. Difahamkan, antara 2016 hingga kini, suspek menerima suapan berbentuk wang tunai kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot… Read More

Berita Ringkas |Penguat kuasa MBSA direman 7 hari

PUTRAJAYA: Empat penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seorang individu dipercayai penjual rokok seludup, ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Ogos ini. Majistret, Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan perintah reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di hadapannya kira-kira jam 9.20 pagi ini. Semua yang ditahan reman bermula pagi ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. BH ONLINE

Pegawai JPJ dipenjara, denda, kerana terima rasuah pinda rekod MySIKAP

KUANTAN, 23 Jun — Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku salah atas dua tuduhan menerima RM850 bagi meminda rekod lesen kenderaan motor (LKM) dalam sistem portal MySIKAP, tiga tahun lepas.  Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib turut memerintahkan tertuduh, Ahmad Kamal Mohd Rosli, 39, membayar denda RM1,000 atau jika gagal, hukuman penjara ditambah dua bulan lagi. Ahmad Kamal yang bertugas sebagai pembantu tadbir di JPJ cawangan Temerloh dekat sini, didakwa menerima wang tunai yang didepositkan ke dalam akaun bank miliknya oleh seorang orang tengah sebanyak… Read More