Ambil barang di kebun haram perlu kebenaran JPNP

KUANTAN – Kebenaran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) diperlukan sekiranya pekebun-pekebun haram durian musang king di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub mahu memasuki kawasan operasi penguatkuasaan untuk mendapatkan semula barangan milik mereka yang tertinggal di situ. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau menerima permintaan itu daripada Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berhubung perkara itu pada Selasa. Menurutnya, beliau menerima kunjungan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhamad di pejabatnya di Wisma Sri Pahang di sini yang turut disertai… Read More

890 ahli baru sertai Bersatu di Raub

8 Mac, RAUB: Bersatu Raub mendapat ‘suntikan semangat’ dengan penyertaan 890 orang ahli baru hari ini. Kesemua borang permohonan keahlian melibatkan tujuh cawangan sekitar Daerah Raub iaitu Kundang Patah, Ceroh, Dong, Bukit Pampur, Gali Tengah, Kampung Peruas dan Bukit Koman. Borang-borang tersebut telah diserahkan oleh Setiausaha Bersatu Bahagian Raub, Zaidi Kamaruddin kepada Ketua Pimpinan Bersatu Negeri Pahang merangkap Pengerusi Perikatan Nasional Pahang, Dato’ Saifuddin Abdullah. Menurut Setiausaha kerja, Rusdi Bin Ali, kebanyakan mereka berdagtar di bawah bersatu kerana inginkan oerubahan ke arah kelangsungan hidup lebih baik. Tambah beliau lagi, 55 peratus daripada… Read More

NGO tempatan bantu misi bantuan bencana MP Ampang di Pahang

19 Januari, TEMERLOH: Misi bantuan bencana banjir oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin tetap diteruskan walaupun berlaku kesukaran merentas negeri kerana PKP. NGO tempatan, AZRB telah menghantar sumbangan beras YB Hajah Zuraida ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah jam 1:30 tengahari. Turut disumbangkan oleh NGO ini adalah sejumlah 160 helai telekung kepada mangsa banjir terlibat. Kelab Berbasikal Ampang (MCC Ampang) juga turut terlibat dalam misi bantuan bencana banjir ini ke Temerloh, Lanchang dan Raub.

Penggerak Wangsa Maju Salur Bantuan Awal Banjir Pahang

7 Januari, RAUB: Penggerak Komuniti Negara telah menghantar dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang. Gerak kerja penghantaran bantuan telah dijalankan oleh Penggerak Komuniti Negara Wangsa Maju yang diketuai oleh Pengerusinya, Abdul Ghani Abdullah. Saluran sumbangan terus ke lokasi kejadian banjir telah digerakkan ke Raub dan Lipis iaitu dua daerah yang paling terjejas teruk akibat banjir yang melanda pada 4 Januari lepas. Antara lokasi yang dikunjungi adalah sekitar Dong, Raub dan Benta, Lipis. Pakej bantuan turut diserahkan kepada Penggerak Raub dan Lipis untuk diedarkan ke lokasi-lokasi terjejas dalam kawasan masing-masing. Sumbangan… Read More