Membawang Akhir Zaman (MAZ): Profesionalisme Zuraida & PRIMA selesai isu Residensi Port Dickson

Hujung tahun 2019 dulu, heboh dan kecoh apabila sekumpulan pembeli projek perumahan PRIMA Residensi Port Dickson membuat aduan kepada media kerana rumah tak siap. Itu hak mereka untuk menyuarakan kegusaran dan permasalahan yang dihadapi apabila melihat rumah idaman yang dibeli ‘terbengkalai’. Kumpulan pembeli ini gigih menyuarakan isu-isu berkaitan melalui pelbagai saluran media dan sosial media. Akibatnya, kemarahan pembeli-pembeli ini tak terbendung sehingga ada yang melontarkan komen berkaitan isu Residensi Port Dickson ini dalam setiap posting Menteri KPKT di sosial media. MAZ tau Hajah Zuraida Kamaruddin seorang yang peka isu-isu begini. Dia takkan… Read More

Limpahan Kesejahteraan Rakyat Melangkaui Sempadan Politik

Jutaan terima kasih buat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin dan delegasi Pejabat Menteri KPKT atas lawatan kerja ke Port Dickson pada 8 Januari 2021. Saya selaku Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan dan mewakili kepimpinan Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan melahirkan rasa penghargaan kehadiran YB Hajah Zuraida Kamaruddin yang turun sendiri melawat lokasi projek perumahan PRIMA Residensi Port Dickson bagi melihat progres kerja-kerja projek tersebut. Beliau turut berkesempatan mendengar masalah pembeli-pembeli Residensi PD melalui sesi khas yang dianjurkan oleh PRIMA. Sesi tersebut berjalan dengan lancar dan… Read More

Menteri KPKT turun padang, lawat tapak projek Residensi PD

8 Januari, PORT DICKSON: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini turun padang melawat tapak perumahan Residensi PD di Lukut, Port Dickson. Beliau bersama deligasi pejabat kementerian tiba di tapak lokasi jam 12:30 tengahari untuk meninjau sendiri tahap kerja-kerja pembinaan yang telah berlangsung. Projek perumahan Residensi PD adalah sebuah projek perumahan rakyat di bawah PR1MA. Hajah Zuraida turut menerima taklimat daripada wakil PR1MA progres kerja yang telah siap 75 peratus. Turut hadir di lokasi adalah Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet dan Pengerusi Penggerak Negeri… Read More