Teori Kamal Hatta: Sabah Tumbang Akibat Kecelakaan Anwar

Selesai urusan kerja-kerja aku dalam pilihanraya Sabah. Akibat kes Covid-19 naik mencanak di Tawau, aku juga dalam proses kuarantin. Pedulikan hal Covid ni, Warisan Plus dah tumbang gara-gara kecelakaan Anwar. Anwar ni memang dah melekat sial politik sebab disumpah seranah kawan-kawan lama dia. Aku kenal perangai politik Anwar, suka janji boombastic dengan banyak orang dan banyak tak tertunai. Itu yang ramai sumpah seranah. Teori aku mudah, elok Anwar disumbat semula ke dalam penjara. Aman negara ni. Kau orang jangan buta tuli dan bebal taksub melampau. Dia bukan wali, jauh sekali dewa. Kau… Read More

Rencana | Anwar dilihat sebagai terdesak & tidak patriotik

Telah masuk hari kedua selepas Anwar Ibrahim membuat ‘kegemparan’ politik dengan mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan sekaligus mengumumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin telah tumbang. Anwar mengulangi sejarah ‘retorik angka majoriti’ yang dimulai dengan Projek 16 September 2008 dulu. Nampaknya beliau tidak serik. Demi keegoan politik untuk membuktikan diri masih relevan, popular dan ‘berkarisma’, Anwar telah cuba menafikan kenyataan Guan Eng yang sebelum itu telah menobatkan Shafie Afdal sebagai calon PM blok pembangkang. Anwar dilihat sudah hilang upaya mengumpulkan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen. Ini langkah serampang tiga mata,… Read More

Teori Kamal Hatta: Langkah Meridien-Anwar sabotaj Warisan, gerak tersirat bunuh politik Shafie

Aku menulis ketika ini dari Tawau. Nak tengok sendiri depan mata tahap sokongan rakyat terbanyak kepada Shafie Afdal dan Perikatan Nasional. Jangan kau orang fikir Anwar saja-saja buat langkah bodoh untuk umum ada majoriti ahli-ahli parlimen. Mesti ada sebab. Ketika banyak pihak ‘membaca’ bahawa tindakan Anwar Ibrahim membuat pengumuman bahawa beliau sudah mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional sudah tumbang, sebagai ‘divert’ isu Mohamadin Ketapi sebenarnya ia adalah ‘langkah tersirat politik’ mahu memastikan Warisan gagal mencapai kemenangan PRN Sabah. Anwar ada keegoan tersendiri dan keangkuhan politik beliau tidak… Read More

Rencana | Guan Eng mahu bentuk gabungan baru?

“Kami sokong Anwar untuk mendapat jumlah (sokongan) itu, tetapi jika beliau tidak mampu, kami perlu beri Shafie peluang sewajarnya untuk menjadi Perdana Menteri pertama dari Malaysia Timur.” Lim Guan Eng. Kenyataan ini bukanlah suatu kegemparan baru tetapi ia adalah ‘cara’ DAP mewujudkan ‘pasaran baru’ politik Malaysia setelah Anwar Ibrahim dilihat gagal mencapai objektif menjadi Perdana Menteri kelapan. Ia kaedah sama semasa DAP menjenamakan ‘Pakatan Harapan’ bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang musnah pada tahun 2015 dulu. Pulau Pinang menjadi negeri pertama mendirikan ‘gabungan baru’ Pakatan Harapan dengan dianggotai oleh DAP, PKR dan PAN… Read More