PKN Port Dickson santuni asnaf, sumbang duit raya Aidilfitri

8 Mei 2021, PORT DICKSON: Menjelang beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri, Penggerak Komuniti Negara Port Dickson telah menyantuni golongan asnaf sekitar Port Dickson di Bandar Baru Sunggala, Kampung Telok Kemang, Kampung Sri Parit dan Halaqah Tahfiz & Kelas Mengaji Quran Fatimah Az-Zahrah, Linggi. Sumbangan Bakul Aidilfitri Prihatin atas inisiatif Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida telah telah disampaikan oleh PKN Port Dickson. Pengerusinya, Rosman Jonet turut menyampaikan sumbangan kecil duit raya kepada asnaf-asnaf terlibat. “Saya berharapan dengan sumbangan kecil ini dapat mengukir senyuman kegembiraan buat mereka menyambut Aidilfitri nanti.”… Read More

NGO Penggerak edar sumbangan kurma kepada bomba, polis di Port Dickson

25 April 2021, PORT DICKSON: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson telah mengedarkan sumbangan kurma kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PDRM di sekitar Daerah Port Dickson. Edaran sumbangan ini turut disertai oleh Pengerusi PKN Port Dickson, Rosman Jonet. Sumbangan kurma dari Penaung PKN, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah diagihkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan JBPM Port Dickson dan JBPM Telok Kemang. Manakala sumbangan kepada PDRM adalah IPD Port Dickson, Balai Polis Port Dickson, Balai Polis Telok Kemang, Balai Polis Lukut, Balai Polis Pasir Panjang dan… Read More

Usahasama GD Holdings-Majlis Bandaraya Seremban wujudkan tapak Bazar Ramadan Bandar Baru Nilai

19 Mac, NILAI: Syarikat GD Holdings Sdn. Bhd. telah mempergiatkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui penyerahan kawasan lapang berhampiran Galeri Jualan Bandar Wawasan di Bandar Baru Nilai tanpa dikenakan sebarang Fi atau bayaran kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk dijadikan Tapak Penganjuran Bazar Ramadan yang akan diuruskan sepenuhnya oleh MBS. Hasil usaha yang digerakkan oleh Rosman Jonet, Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan melalui beberapa siri perbincangan dan mengambil inisiatif dengan menjalinkan kolaborasi strategik bersama syarikat swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan. Langkah ini untuk membantu peniaga yang terjejas sumber pendapatan akibat… Read More

Penggerak Port Dickson bantu murid yatim dan miskin SK Pasir Panjang

9 Mac, PORT DICKSON: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini meneruskan program prihatin masyarakat di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson. 400 Pelitup Muka Guna Semula (reusable face masks) telah disumbangkan kepada pelajar dan guru SK Pasir Panjang diketuai oleh Rosman Jonet, Pengerusi Penggerak Port Dickson bersama Azniza Abdul Wahab, PeKT MPPD. Sumbangan telah diserahkan kepada GPK, HEP sekolah tersebut, Anuar Kamarudin dan turut dihadiri GPK, KOKU SK Pasir Panjang, Salina Hamdan. Rosman juga turut menyumbang wang saku kepada 10 murid yatim dan miskin di SK Pasir Panjang. Sumbangan dan… Read More