Dewan Rakyat Lulus Bacaan Ketiga Belanjawan 2021

15 Disember, KUALA LUMPUR: Hari ini Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RRU) Perbekalan (Belanjawan 2021) untuk Bacaan Ketiga. Belanjawan 2021 diluluskan melalui undian belah bahagi dengan 111 MP menyokong manakala 108 MP tidak menyokong. Seorang MP tidak hadir iaitu MP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Semalam, Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh telah mengadakan sidang akhbar bersama, menyatakan bahawa Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin bakal ditumbangkan melalui undi menolak Bacaan Ketiga Belanjawan 2021. Namun hari ini, situasi berlainan berlaku. Sebelum undian belah bahagi meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021, Dewan Rakyat telah meluluskan… Read More

Tak patriotik jika belanjawan untuk MKN & NADMA ditolak pembangkang.

Antara semangat patriotik dan prinsip politik kepartian, belanjawan untuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan NADMA di bawah Jabatan Perdana Menteri begitu penting bagi usaha-usaha kerajaan menanggani wabak Covid-19. Persoalannya, apakah tergamak blok pembangkang menolak belanjawan tersebut semata-mata prinsip politik kepartian? ‘Pertempuran Politik’ wajar digantung seketika atau tempoh bertenang agar suatu kematangan demokrasi (yang disebut oleh politikus sebagai berjiwa besar) boleh dicapai atas semangat patriotik untuk bersama melawan dan menanggani wabak Covid-19. Sekiranya blok pembangkang tekad mahu meneruskan prinsip politik kepartian, maka malang bakal menimpa kepada ribuan frontliner Covid-19 yang terdiri daripada kakitangan… Read More

95 pembangkang cuba gagalkan bajet hal ehwal Islam

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Blok pembangkang Pakatan Harapan dan sekutunya telah gagal dalam percubaan mereka untuk menggagalkan kelulusan bajet untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam yang diletakkan di dalam bajet untuk Jabatan Perdana Menteri. Undian untuk meluluskan bajet Jabatan Perdana Menteri semalam hanya mendapat 105 undi, manakala 95 menolaknya dan 20 ahli Dewan Rakyat tidak hadir. Keputusan 95 ahli pembangkang untuk menolak bajet ini jelas menunjukkan mereka menolak bajet pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Penolakan pembangkang terhadap bajet perbekalan untuk Jabatan Perdana Menteri semalam sekaligus menolak peruntukan RM1.4 billion… Read More

Pakatan Harapan kian tumpul politik

oleh Teropong Undi Buatlah pelbagai dalih dan jawapan untuk membenarkan tindakan tidak menyokong undian belah bahagi pada 26 November lalu, kebanyakan penyokong PH sudah mulai meragui prinsip politik gabungan ini. Beberapa hari sebelum Penggulungan RRU Perbekalan 2021, sudah jelas bayangan bahawa gerakan menolak dan tidak menyokong Belanjawan 2021 oleh blok pembangkang khususnya PH dan Pejuang. Ini termasuk Najib Razak dan Zahid Hamidi yang semasa sesi perbahasan sebelum itu cukup lantang membidas kerajaan Perikatan Nasional. PH sebenarnya telah berjaya mengoyangkan Perikatan Nasional melalui isu pengeluaran RM10 ribu KWSP akaun satu. Bala tentera cytroo… Read More