YDP Agong Titah Prinsip Rukun Negara Jadi Panduan & Amalan

31 Ogos, Putrajaya: Pagi tadi sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 berlangsung di Putrajaya. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah diraja menekankan agar prinsip-prinsip Rukun Negara menjadi panduan serta amalan semua pihak termasuk pemimpin negara, kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan Rukun Negara dicabar.

Sungguh mendukacitakan pada ketika ulangtahun ke-50 Rukun Negara, tindakan segelintir anak muda menconteng lukisan mural Yang Dipertuan Agong dan pimpinan utama negara dengan perkataan ‘babi’ di Shah Alam kelmarin. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang berteraskan lima prinsip utama. Prinsip kelima ideologi kebangsaan ini iaitu Kesopanan dan Kesusilaan bertujuan membentuk warganegara Malaysia yang bersopan santun dan bersusila. Konsep bersopan santun dan bersusila sangat penting dalam membentuk hubungan harmoni masyarakat yang berdisiplin, bermoral tinggi dan beradab. Sudah tiba masanya kerajaan bertindak serius atas kejadian yang berlaku di Shah Alam itu. Tindakan serius… Read More