Letupan, gegaran di Sabah, Labuan dan Brunei kekal misteri

KOTA KINABALU, 31 Jan — Satu letupan dan gegaran yang berlaku kira-kira 10 saat pada 11 pagi tadi di beberapa lokasi di Sabah termasuk Sipitang, Beaufort serta di Labuan dan Brunei kekal menjadi misteri. Bernama melaporkan hari ini bahawa terdapat tiga punca kemungkinan insiden itu berlaku yang boleh diketepikan. Pertama, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini dilapor menafikan bahawa pihaknya melaksanakan sebarang aktiviti pelupusan atau peletupan bom di kawasan terbabit sekali gus menyangkal khabar angin bahawa insiden itu adalah berpunca daripada tindakan meletupkan sebutir bom Perang… Read More

COVID-19: Saringan berskala besar di ladang punca peningkatan kes di Sabah

KOTA KINABALU, 19 Jan — Peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sabah hari ini adalah disebabkan saringan besar-besaran yang giat dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di ladang dan kilang terutama di kawasan pantai timur Sabah. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga jurucakap rasmi COVID-19 di Sabah, berkata kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 526 kes berbanding 432 kes yang dicatatkan semalam. “Sebanyak 73 kes adalah dari Ladang Baturong Kunak, Ladang GNG Kinabatangan (15 kes), Ladang Matamba Lahad Datu (20 kes) dan Ladang dan… Read More

Fenomena Air Pasang: 41 mangsa dipindahkan di Kudat

KOTA KINABALU, 14 Jan — Seramai 41 mangsa daripada lapan keluarga di Kudat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan fenomena air pasang besar dan ombak tinggi melanda kampung di pesisir pantai itu, semalam. Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, mereka yang merupakan penduduk kampung Sri Aman dan Tanjung Kapor ditempatkan di PPS Dewan Arena Belia dan Sukan Kudat yang dibuka pada 11 malam tadi. “Air pasang berada pada paras bahaya dan anggota daripada agensi terlibat memberi nasihat kepada penduduk kampung agar mengambil langkah berjaga-jaga kerana air pasang yang tinggi dan… Read More

Thunderstorm warning in Selangor, Sarawak, Sabah

KUALA LUMPUR, Jan 14 — The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorm, heavy rain and strong winds for the districts of Kuala Selangor, Klang and Kuala Langat, all in Selangor. In a statement issued today, MetMalaysia said a similar weather condition is also forecast in Miri (Marudi) and Limbang, in Sarawak. In the interiors of Sabah, involving Sipitang, Tenom, Kuala Penyu and Beaufort, a similar weather condition is also expected, while in Labuan, thunderstorm is expected until 9 am today.