Anifah presiden baharu PCS

KOTA KINABALU – Bekas menteri luar, Anifah Aman dilantik sebagai Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu hari ini. Anifah mengambil alih jawatan daripada bekas presiden, Wilfred Bumburing yang dilantik sebagai timbalan presiden. Anifah bersama UMNO sehingga beliau keluar parti dan menjadi ahli politik bebas selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada September 2018. Pengerusi Pengurus Perhimpunan Agung PCS, Kalakau Untol berkata, Anifah akan membuat kenyataan selepas mesyuarat majlis tertinggi parti itu dalam masa terdekat.

Teori Kamal Hatta: PH Pun Khianati Mandat Rakyat

Aku meluat tahap nak muntah dengan gelagat politikus-politikus PH bercerabih tentang mandat rakyat. Galak sangat mereka tuduh Azmin dan Zuraida ‘mastermind’ menjatuhkan ‘mandat rakyat’. Anwar Ibrahim paling lantang Perikatan Nasional dengan istilah ‘kerajaan pintu belakang’. Aku nak petik otak kau orang balik, supaya ingat kisah Shafie Afdal naik jadi Ketua Menteri Sabah selepas PH menang PRU14 lepas. Sebelum kau orang kata aku penipu ke atau pembongak ke, lebih baik kau orang tengok keputusan PRU14 negeri Sabah bawah ini; Siapa yang menang agaknya bai? Kalau aku tak silap, BN yang berjaya membentuk kerajaan… Read More

Keluar UPKO: ‘Kami mulakan gendang dipalu, ramai akan ikut’ – ADUN Sugut

‘Lebih ramai akan bertindak keluar daripada parti pemerintah kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini.’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai akan keluar mengikut jejak langkahnya dalam tempoh sehari dua ini. Sebelum itu tengah hari tadi bertempat di Jalan Lintas, Penampang, James bersama rakannya, Datuk Limus Juri (ADUN Kuala Penyu) dari parti UPKO mengumumkan keluar parti dan seterusnya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). “Saya yakin dalam masa satu atau dua tiga hari ini, akan lebih ramai akan menyusul. “Kami bersama YB Limus, daripada parti UPKO… Read More