890 ahli baru sertai Bersatu di Raub

8 Mac, RAUB: Bersatu Raub mendapat ‘suntikan semangat’ dengan penyertaan 890 orang ahli baru hari ini. Kesemua borang permohonan keahlian melibatkan tujuh cawangan sekitar Daerah Raub iaitu Kundang Patah, Ceroh, Dong, Bukit Pampur, Gali Tengah, Kampung Peruas dan Bukit Koman. Borang-borang tersebut telah diserahkan oleh Setiausaha Bersatu Bahagian Raub, Zaidi Kamaruddin kepada Ketua Pimpinan Bersatu Negeri Pahang merangkap Pengerusi Perikatan Nasional Pahang, Dato’ Saifuddin Abdullah. Menurut Setiausaha kerja, Rusdi Bin Ali, kebanyakan mereka berdagtar di bawah bersatu kerana inginkan oerubahan ke arah kelangsungan hidup lebih baik. Tambah beliau lagi, 55 peratus daripada… Read More

Kerjasama KKMM-Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dapatkan data kukuh industri kreatif negara

7 Mac, PUTRAJAYA: Mengenai rancangan untuk mengukuhkan industri kreatif negara, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Saifuddin Abdullah berkata, KKMM bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi mendapatkan data penggiat seni yang khusus, sama ada dalam kalangan pengarah filem, komposer, pemuzik atau penulis lirik. Bagi tujuan tersebut, DOSM sedang melakukan bancian data penggiat seni dengan kerjasama agensi berkaitan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Finas, Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana) dan Radio Televisyen Malaysia. Sektor ekonomi kreatif menyumbangkan RM29.4 bilion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 dan telah memberi peluang… Read More

KKMM sedang siapkan Kertas Kabinet berkaitan undang-undang antibuli siber.

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang menyiapkan Kertas Kabinet berkaitan undang-undang antibuli siber. Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, walaupun Malaysia mempunyai undang-undang lain berkaitan keselamatan siber, namun negara belum mempunyai undang-undang khusus bagi menangani isu buli siber. Berbanding negara jiran beliau berkata, negara jiran seperti Singapura dan Filipina sudah menguatkuasakan undang-undang antibuli siber. “Kita seharusnya bersiap sedia (dengan undang-undang) kerana keadaan boleh menjadi lebih teruk,” katanya dalam sidang akhbar khas sempena ‘Setahun Malaysia Prihatin’ dan setahun pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Tahun lepas, dilaporkan seorang remaja perempuan dari Pulau Pinang… Read More

Bersatu Pahang sasar satu kerusi untuk Srikandi

KUANTAN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang mencadangkan sekurang-kurangnya satu kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diberikan kepada pimpinan Srikandi parti berkenaan berdasarkan komitmen dan peranan penting wanita dalam parti itu. Pengerusinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada kepimpinan tertinggi Bersatu Pusat. “Saya komited untuk melihat ada wanita Bersatu di Pahang dipilih menjadi calon pada PRU-15 sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen sebagai pengiktirafan kepada golongan wanita yang banyak berjasa kepada kita,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada… Read More