JPSPN YANG TIDAK ADA MASA UNTUK GERAM

Oleh: Ahmad Roi Bersandarkan pada statistik, purata orang Malaysia handal membuat sampah. Data SWCorp menunjukkan rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 37,890 tan sisa setiap hari dengan sekurang-kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap individu. Lebih malang, statistik juga menunjukkan orang Malaysia malas mengasing atau menguruskan sampah bagi tujuan kitar semula sampah yang dihasilkan. Pada 2018, hanya 10 peratus daripada 1.25 juta kediaman bertingkat melaksanakan pengasingan sisa pepejal premis masing-masing meskipun sudah tiga tahun peraturan itu dikuatkuasakan. Ini bermakna penghuni di 1,125,000 premis bertingkat masih liat menjadikan pengasingan sampah sebagai amalan. Tentu kita geram… Read More

Sakit mata lihat sampah sana sini

Seorang remaja meraikan ulang tahun kelahiran dengan cara berbeza apabila melakukan kerja amal mengutip sampah di tepi jalan sekitar Bangi dan beberapa lokasi lain.Hazmi Nabil Mahmad Faisal, menyambut kelahiran pada 23 Mei lalu sempena usia 18 tahun dan dia memperuntukkan selama 23 hari untuk mengutip sampah di tiga lokasi bermula di Bangi, Kajang dan akan datang di Balakong sehingga 15 Jun.”Saya memang pantang melihat sampah dibuang merata-rata, sakit mata lihat sampah sana sini. Jadi tahun ini, saya sambut hari lahir dengan cara berbeza, menyumbang tenaga memelihara alam semula jadi selain menabur bakti… Read More