10 sektor di bawah KPKT boleh mohon surat kebenaran operasi semasa PKP

Ketahuikah anda bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyenaraikan 10 sektor perkhidmatan perlu di bawah kementerian itu, yang boleh memohon surat kebenaran beroperasi dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (PKP 3.0). Sektor yang terlibat ialah pajak gadai; pengurusan strata bagi pengurusan badan pemaju; pengurusan strata bagi pengurusan badan JMB atau MC; pengurusan strata bagi pengurusan hartanah strata (JMB atau MC) dan pemungutan sisa pepejal (isi rumah atau komersil, perindustrian dan keinstitusian atau pembinaan). Turut tersenarai sektor pembersihan awam (merangkumi negeri-negeri yang menerima pakai atau tidak menerima pakai Akta 672); sanitasi awam oleh… Read More

Bomba jalankan operasi sanitasi pasar awam di Port Dickson

30 Mei 2021, PORT DICKSON: Berikutan peningkatan kes positif harian Covid-19 secara mendadak khususnya di Daerah Port Dickson, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menjalankan operasi sanitasi di kawasan-kawasan berisiko tinggi. Operasi Sanitasi Awam yang dijalankan pada 29 dan 30 Mei lalu melibatkan Balai Bomba Port Dickson dan Balai Bomba Teluk Kemang yang dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Gerakan sanitasi nyah cemar, disinfeksi dan sanitasi awam pada 29 Mei bertumpu di dua lokasi berisiko iaitu Pasar Awam Pasir Panjang dan Pasar Awam Port Dickson. Manakala… Read More

Pasar Borong Selangor lokasi utama Gerakan Sanitasi Awam

30 Mei 2021, SERI KEMBANGAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini menjalankan Gerakan Besar-besaran Sanitasi Awam di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin turun ke lokasi ini bagi mengikuti kerja-kerja sanitasi yang dijalankan. Beliau turut diberi taklimat oleh Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid sebelum operasi bermula. “Alhamdulillah pagi ini saya turun ke Pasar Borong Selangor bagi hari kedua Gerakan Besar-besaran Sanitasi Awam di kawasan berisiko tinggi seluruh negara khususnya di negeri Selangor memandangkan kes semakin tinggi.” Kata Zuraida… Read More

Pelaksanaan operasi sanitasi awam komitmen mendepani wabak Covid-19

Komitmen KPKT dalam mendepani wabak Covid-19 berterusan melalui pelaksanaan operasi sanitasi awam di seluruh negara. Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah selesai menjalankan sebanyak 11,103 operasi sanitasi. Pada 4 November 2020 sebanyak 29 operasi sanitasi meliput 11 zon merah, 2 zon jingga, dan 9 zon kuning telah dilaksanakan yang melibatkan 7 buah negeri iaitu Sabah, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.