Balai bomba baru: Ali Biju suarakan hasrat rakyat

6 November, KUALA LUMPUR: Susulan daripada kejadian kebakaran di Kampung Hilir Sungai Pala, Kabong pada 2 November lepas, Ahli Parlimen Saratok YB Ali Biju telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Hajah Zuraida Kamarudin sebelum bermulanya Sesi Pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen. Semasa pertemuan selama 30 minit bersama Menteri KPKT, beliau telah menyuarakan agar pertimbangan untuk pembinaan balai bomba di Kabong diluluskan. Ia disebabkan kedudukan Balai Bomba Saratok iaitu balai bomba yang terdekat adalah sejauh 50 kilometer dan mengambil masa satu jam perjalanan untuk sampai ke Daerah Kabong. Menurut… Read More

MP Saratok tekad terajui usaha bina balai bomba di Kabong

Berikutan kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Kabong telah memusnahkan tiga buah rumah dan 17 orang penduduk terlibat hilang tempat tinggal, keperluan kemudahan Balai Bomba di daerah ini sangat diperlukan. Hikmah di sebalik kejadian tersebut telah membulatkan tekad buat Ahli Parlimen Saratok, YB Ali Biju untuk menzahirkan hasrat penduduk-penduduk Kabong membina sebuah balai bomba di situ. “Saya menyatakan perasaan simpati buat penduduk-penduduk terlibat atas kejadian kebakaran tersebut. Hikmah bencana ini telah memberi kesungguhan saya untuk berusaha merealisasikan hasrat penduduk-penduduk Kabong.” jelas Ali Biju dalam kenyataan media beliau hari ini. Beliau amat… Read More

#video “Kesetiaan Anak Sarawak Kekal Kepada Malaysia”, Ali Biju

Komuniti |MP Saratok Salur Peruntukan Kesejahteraan Rakyat

Kesibukan urusan kerja peringkat persekutuan tidak menghalang Yang Berhormat Timbalan Menteri Ali Biju turun menyantuni rakyat di Rumah Abu Bengang, Saratok, Sarawak baru-baru ini. Beliau telah menyalurkan suntikan dana untuk kesejahteraan masyarakat setempat dengan RM35 ribu untuk membeli bahan binaan, RM20 ribu untuk JKKK dan RM6 Ribu untuk biro wanita. Dalam masa yang sama YBTM turut menyerahkan Alat Pemadam Api kepada rumah panjang tersebut. Penghargaan kepada Bomba Saratok, Jabatan Pendidikan Daerah dan IADA kerana sudi berkongsi ilmu pengetahuan kepada penduduk rumah panjang serta kepada Jabatan Penerangan dan pihak Polis Saratok yang telah… Read More