Peruntukan RM5.8 juta untuk pembangunan kesejahteraan di Segamat

16 April 2021, SEGAMAT: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah mengumumkan peruntukan pembangunan infra awam di Segamat. Peruntukan berjumlah RM5.8 juta telah diluluskan bagi tujuan pembangunan naik taraf yang bertumpu kepada ekonomi dan kelestarian rakyat di Segamat. Beliau dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Majlis Perbandaran Segamat telah mengadakan pertemuan dan mendengar pembentangan cadangan pembangunan sebelum meneruskan program lawatan ke beberapa lokasi di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Segamat. Turut serta dalam tinjauan lokasi adalah YDP Majlis Perbandaran Segamat, Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria… Read More

Anggota Bomba Selamatkan Buaya Sesat

Ketangkasan anggota Bomba Malaysia bukan setakat menyelamatkan nyawa manusia dan menanggani bencana alam, tetapi turut menyelamatkan haiwan. Ini yang terjadi di Kampung Berata, Segamat kelmarin. Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jalan Abdullah, Segamat, PBK 2 Mansor Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.29 pagi. Beliau berkata, susulan itu, tujuh anggota bersama satu jentera dan sebuah kenderaan utiliti dihantar ke tempat kejadian. “Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat tiba di lokasi pada 4.32 pagi sebelum mendapati buaya terbabit di kawasan belukar berhampiran kediaman penduduk,” katanya. Sementara itu, penduduk… Read More