Kerana perjanjian sempadan 1880, Port Dickson jadi milik Negeri Sembilan

Menurut catatan sejarah, sebahagian besar kawasan dalam Daerah Port Dickson kini dahulunya berada dalam kedaulatan negeri Selangor iaitu sebelum tahun 1880 masehi. Sebelum dinamai sebagai Port Dickson, daerah ini dikenali sebagai Lukut. Setelah pembentukan Persekutuan Negeri Sembilan baharu pada 8 Ogos 1895, lima daerah pentadbiran telah dibentuk oleh British iaitu Seremban (Sungai Ujong), Jelebu, Kuala Pilah, Tampin dan Pantai Laut (Port Dickson). Selepas merdeka, Daerah Pantai Laut (Coast) dinamakan sebagai Port Dickson yang kekal hingga kini. Perluasan kuasa Kesultanan Selangor pada penghujung kurun ke-19 masehi telah melebar ke Lukut, Labu, Rekoh hingga… Read More

Sejarah akhbar Malaysia: Warta Kinta akhbar tempatan Bandar Ipoh

WARTA KINTA (1937-1941) Kegagalan Warta Perak mendorong seorang hartawan tempatan yang merupakan pemilik syarikat perlombongan, The Malay Mining Syndicate Ltd. Raja Abdullah Raja Syed Salim untuk menerbitkan Warta Kinta pada 24 Disember 1937. Beliau merasakan bahawa perlunya sebuah penerbitan yang dapat mengetengahkan hal ehwal di negeri Perak dan akhbar ganti harus segera diterbitkan setelah penerbitan Warta Perak terhenti. Warta Kinta menggunakan cogan kata “Surat Khabar yang Berhaluan Kebangsaan, Perniagaan, Pengetahuan dan Bacaan Umum” dan “Ilustrated Malay Weekly”. Akhbar ini mendapat dukungan yang lebih mantap daripada barisan sidang pengarang dan juga pengurusan. Antara… Read More

Sedekad di Ampang: Zuraida mendepani isu masyarakat setempat

Sebelum Zuraida Kamaruddin menjadi wakil rakyat di Ampang, kawasan parlimen ini sekadar menjadi lokasi ‘happening’ ekonomi dan bukanlah ‘hot-spot’ politik nasional. Melainkan peristiwa perletakan jawatan Dr Lim Ann Koon pada penghujung tahun 1988 sebagai MP Ampang Jaya. PRK Ampang Jaya berlaku pada awal Januari 1989 menjadi tumpuan hangat politik waktu itu, Ampang Jaya menjadi medan pertembungan Umno Baru dan Semangat 46 sebagai penentuan ‘pasaran politik’ kedua-dua parti ini. Calon MCA-BN, Ong Tee Kiat memenangi PRK tersebut dengan majoriti 4,247 undi walaupun Dr Lim Ann Koon memenangi majoriti 30,000 undi pada PRU tahun… Read More

Rencana: Hukuman Salang-hukuman bunuh gaya Nusantara.

Orang-orang Melayu masa lampau memiliki kaedah hukuman mati yang khas, disebut Hukuman Salang. Orang dijatuhi hukuman ini akan ditikam tepat dicelah tulang selangka yang kemudian tikaman diteruskan hingga mengenai jantung. Senjata yang digunakan biasanya lembing, tombak ataupun keris. Istimewanya keris khusus ini disebut dengan nama Keris Salang atau Keris Bahari (Keris Alang di Pahang). Keris ini pemberian Sultan pada orang yang diangkat sebagai pelaksana hukuman yang disebut Penyalang. Keris maupun tombak yang telah ditikamkan ke jantung terhukum kemudian dicabut dan luka tikaman akan diseka dengan kain ataupun kapas. Kesan hukuman ini menyebabkan… Read More