Polemik Sejarah Negeri Sembilan Mengenai Raja Melewar dan Raja Adil, bakal beri anjakan baru.

oleh Mohd Khairil Hisham Jika ditelusuri sejarah Negeri Sembilan, kita akan temui dua orang putera raja dari Pagaruyung yang sering menjadi perbezaan pendapat dalam pelbagai penulisan sama ada tempatan mahu pun luar negara. Percanggahan fakta dalam penulisan-penulisan tersebut membuatkan kronologi sejarah kedua-dua putera raja tersebut menimbulkan banyak kekeliruan. Secara tidak langsung, ia mewujudkan polemik dalam pensejarahan Negeri Sembilan. Keadaan ini bertambah rumit apabila tidak usaha merungkai semula setiap polemik. Kedua-dua putera raja tersebut lebih dikenali dengan gelaran Raja Melewar dan Raja Adil. Raja Melewar ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Besar di Seri Menanti… Read More

Istana Seri Menanti warisan senibina Melayu binaan tanpa paku

Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Bandar Diraja Seri Menanti kini sudah berusia 119 tahun jika dihitung pada tahun dibina 1902. Ia adalah warisan senibina Melayu yang masih kekal berdiri dan dipelihara oleh Jabatan Muzium Negeri Sembilan. Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam… Read More

Tokong Sam Seng Keong, tokong bersejarah dan tertua di Kuala Pilah

Pembangunan awal infrastruktur perbandaran di Kuala Pilah bermula selepas pembentukan konfederasi baru Negeri Sembilan pada tahun 1886. Pihak British telah membangunkan Kuala Pilah sebagai bandar kecil Daerah Kuala Pilah pada penghujung 1890an hingga awal kurun ke-20. Tokong Sam Seng Keong (juga dikenali sebagai ‘San Sheng Gong Chinese Temple’) merupakan tokong cina tertua dibina di Kuala Pilah dan antara tokong cina era awal kurun ke-20 yang masih wujud di Negeri Sembilan. Binaan bersejarah yang kini telah berusia 120 tahun telah siap dibina pada tahun 1900 semasa era Residen British Negeri Sembilan pertama, Sir… Read More

Muzik: Album kompilasi yang melonjak muzik metal Malaysia

Perkembangan sejarah muzik negara khususnya muzik rock takkan terpisah dengan perjalanan muzik metal Malaysia. Scene muzik metal Malaysia secara signifikan berkembang pesat pada awal dekad 1990an. Walaupun sebelum itu telah muncul band metal pertama Malaysia iaitu Black Fire pada tahun 1983, kemudian FTG, Cromok, Nemesis, Sil-Khannaz dan Suffercation, kerancakan scene muzik metal lebih menyerlah dekad seterusnya. Pergerakan aktif penggiat-penggiat muzik metal Malaysia pada dekad 1990an telah didorong oleh kewujudan label dan distro utama muzik yang menyokong seni karya metal. Tanpa kewujudan label-label muzik ini, takkan mungkin perkembangan muzik metal akan berlangsung dengan… Read More