Pengerusi Gerakan Selangor dilantik Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor

22 Februari, SHAH ALAM: Pengerusi Parti GERAKAN Selangor, Datuk Ang Chin Tat telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor. Pengumuman rasmi tersebut telah dibuat melalui kenyataan media Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Selangor, YB Dato’Seri Mohamed Azmin Ali hari ini. GERAKAN telah diterima menyertai Perikatan Nasional pada 11 Februari lalu. Perikatan Nasional turut anggotai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Star Sabah dan Parti Progresif Sabah (SAPP). Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor turut disandang oleh YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas) dan YB Dato’ Abdul Rashid… Read More

Zuraida Kamaruddin pilihan tepat terajui Pengarah Pilihanraya PN Selangor

12 Februari, SHAH ALAM: Perikatan Nasional Selangor telah pun mengumumkan barisan kepimpinan Badan Perhubungan Negeri bagi memperkasakan organisasi gabungan ini di Selangor. Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional Selangor, adalah sebagai pilihan tepat berdasarkan pengalaman politik beliau mengurus dan mengendalikan gerakan, strategi dan taktikal pilihan raya yang berkesan. Keupayaan beliau menyusun gerakan akar umbi semasa bersama PKR di peringkat nasional, kawasan parlimen Ampang dan memperkasa sayap wanita antara faktor penting melayakkan beliau diangkat sebagai pengarah pilihanraya. Keupayaan Datuk Hajah Zuraida sekali terbukti melalui penubuhan NGO Penggerak Komuniti… Read More

Selangor masih catat empat angka kes positif

5 Februari, PUTRAJAYA: Laporan harian kes Covid19 Malaysia hari ini telah mencatatkan kes baharu positif sejumlah 3,392 kes yang melibatkan 3,387 kes tempatan dan 4 kes import. Selangor masih kekal satu-satunya negeri yang mencatat kes baharu positif empat angka sejak seminggu lalu dengan angka hari ini sebanyak 1,228 kes. Johor mencatat kes baharu positif 598 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (395), Sabah (196), Sarawak (178), Pulau Pinang (149), Melaka (141) dan Negeri Sembilan (116). Negeri-negeri yang mencatat kes baharu positif bawah 100 kes adalah Perak (92), Kedah (91), Terengganu (84), Kelantan (58)… Read More

RM1.2 juta naik taraf infrastruktur kawasan MPKj.

5 Februari, KAJANG: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.2 juta bagi inisiatif pembinaan dan menaik taraf kawasan komuniti, ruang perniagaan dan tarikan pelancongan setempat bagi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hari ini. Pengumuman peruntukan tersebut dibuat semasa mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang merupakan sebahagian daripada siri lawatan Menteri KPKT ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Datuk Hajah Zuraida telah diberi taklimat mengenai perkembangan terkini pelaksanaan inisiatif di bawah MPKj termasuk pelaksanaan projek pembangunan, infrastruktur, pelancongan dan juga rekreasi. Antara projek yang terlibat… Read More