Sejarah jalan keretapi pertama di NS, Seremban-Port Dickson

Selepas berlaku Perjanjian Sempadan Selangor-Sungai Ujong pada tahun 1880, Lukut telah menjadi sebahagian daripada wilayah Sungai Ujong. Wilayah Lukut pada masa itu melebar dari Sungai Sepang hingga ke kawasan Sungai Raya bersebelahan Linggi. Manakala wilayah Linggi sudah memang berada dalam Luak Sungai Ujong. British telah membangunkan kawasan pelabuhan baharu pada tahun 1885 di sebuah tempat disebut Tanjung bagi eksport bijih timah yang dilombong di sekitar Lukut. Perkembangan perlombongan bijih timah di Sungai Ujong khususnya di Seremban telah menyebabkan wujud cadangan membina landasan keretapi yang menghubungkan Seremban dan pelabuhan baharu di Lukut. Pelabuhan… Read More

‘Wanita Besi’ Bomba Malaysia

SEREMBAN – Minat yang mendalam terhadap tugasan berat dan lasak mendorong Normaisarah Ibrahim, 31, meninggalkan kerjayanya sebagai jururawat tujuh tahun lalu demi memenuhi cita-cita menjadi seorang anggota bomba dan penyelamat. Normaisarah berkata, meskipun kerjaya berkenaan didominasi kaum lelaki, namun beliau mahu membuktikan dirinya setanding dengan mereka sekali gus mampu menggalas tugas sebagai anggota bomba yang sentiasa bersiap sedia menempuh segala cabaran. “Saya sukakan cabaran dan meminati kerjaya dalam bidang yang memerlukan kita bergerak aktif, oleh sebab itu saya beralih menjadi anggota bomba yang memang telah lama saya idamkan. “Ditambah pula saya suka… Read More

Info PBT: Dua PBT dicantum dan dinaiktaraf sebagai Majlis Bandaraya Seremban

Kerajaan Negeri Sembilan pada 12 November 2008, telah meluluskan cadangan untuk mencantumkan dua PBT iaitu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sebagai satu entiti dan menaikkan tarafnya kepada Majlis Bandaraya Seremban. Majlis Perbandaran Seremban telah diwujudkan pada 1979 hasil gabungan enam majlis tempatan iaitu Majlis Tempatan Pajam, Majlis Tempatan Mantin, Majlis Tempatan Rantau, Majlis Tempatan Nilai, Majlis Tempatan Broga dan Majlis Tempatan Labu. Majlis Perbandaran Nilai diwujudkan pada bulan Febuari 2002. Majlis Perbandaran Nilai telah diberi kenaikan taraf daripada Majlis Daerah Seremban dan majlis pengisytiharan kenaikan taraf tersebut telah… Read More