PRN Sabah: Shafie Afdal dicabar tiga calon lain di Dun Senallang.

#PRNSABAH : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Senallang pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini berdepan empat lawan, termasuk anak buahnya sendiri. Ini berbeza sama sekali dengan situasi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi merebut kerusi DUN berkenaan antara Mohd Shafie dengan sepupunya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, calon Barisan Nasional. Calon bertanding dari Perikatan Nasional (PN) Norazman Utoh Nain, yang juga anak buahnya, serta D Pg Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah)  Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais… Read More

Rencana |Lewat umum calon, PKR dilihat bermasalah

Semalam (9 September 2020) PKR Sabah telah mengeluarkan kenyataan media bahawa parti itu akan bertanding 14 kerusi dun. Kenyataan oleh ketua penerangan PKR Sabah itu juga memberi bayangan bahawa rundingan kerusi antara PKR dan Warisan selesai. Namun hari ini, semasa majlis pengumuman calon-calon Warisan Plus, hanya senarai nama calon dari Warisan, UPKO, DAP dan Amanah yang diumumkan oleh Shafie Afdal. Manakala nama-nama calon PKR tidak diumum dan tiada dalam senarai rasmi yang diedarkan kepada media. Ini telah menimbulkan spekulasi bahawa memang benar wujud masalah politik antara PKR dan Warisan. Beberapa hari lepas,… Read More

Teori Kamal Hatta: PKR Sabah huru-hara, berlaga keting dengan Mahathir

Punyalah suwey Anwar Ibrahim naik jadi presiden PKR. Kau orang tengok tak sampai dua tahun lintang pukang PKR. Kononnya PKR adalah ‘big-brother’ PH, selepas menang PRU14 jadi parti besar dengan 50 MP, tapi kau orang jangan lupa sebab masa tu Wan Azizah masih presiden parti, Anwar adalah banduan Sungai Buloh. Itu status Anwar sebelum PH padam rekod Anwar sebagai banduan. Satu persatu suwey melanda Anwar sampailah tumbang PH. Melepas nak jadi PM. Janji dah tabur sana sini. Ramai ‘funder’ India dah bengang sebab kena kencing akibat gagalnya Anwar menjadi PM. Jangan panjang… Read More

Politik |PRN Sabah: Shafie calonkan adik, anak saudara

11:08 Aug 28, 2020  |  By SabahKini2 Warisan kali ini akan monopoli kerusi PRN. Shafie mengekalkan kroni rapatnya seperti Peter sebagai calon walaupun punya kes mahkamah. Malah mencalonkan adiknya Yusof Apdal dan anak saudaranya Azis Jamman di DUN Darau. KOTA KINABALU- Parti Warisan Sabah (Warisan) mengumumkan 40 peratus calon yang akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah calon muda. Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya dijangka memperkenalkan calon yang terdiri daripada kalangan belia selepas meneliti senarai calon-calon yang dikemukakan nanti. “Insya-ALLAH kita akan teliti nanti…. Read More