Teori Kamal Hatta: Shafie Afdal Mengharap Tuah ‘Snap Election’

Aku dah sebut dalam tulisan sebelum ini, Warisan Sabah bukan dapat mandat rakyat tapi menggunakan ‘Mandat Katak’. Parti Warisan ini hanya menang 21 kerusi semasa PRU 14, apabila campur dengan kerusi PH iaitu PKR (2) dan DAP (6), Shafie baru ada angka 29 kerusi. Tak cukup angka ‘simple majority’ 32 daripada 60 kerusi untuk menjadi pemerintah negeri Sabah. Aku tepek tulisan politik dari Facebook ini, aku nak tulis ilmiah sangat bukan expert. Kau orang baca yang bawah ini sampai habis. Maka sahih sudah kedudukan politik semasa di Sabah, akan berlangsung ‘snap election’…. Read More

Politik |UPKO pecat Abidin sokong Musa Aman

KOTA KINABALU, 31 Julai  — Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memecat naib presidennya Datuk Abidin Madingkir berkuat kuasa serta-merta kerana didakwa terbabit bersama bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mengambil alih kerajaan negeri. Menurut kenyataan parti itu di sini hari ini, keputusan memecat Abidin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang bermesyuarat semalam. “Abidin antara sekumpulan ADUN yang berpaling tadah untuk memberi sokongan kepada Musa bagi merampas kerajaan negeri. “Bagaimanapun, usaha mereka gagal selepas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan… Read More

Musa Aman rayu YDP Sabah tidak bubar DUN

Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman pada sidang media khas di Kota Kinabalu petang ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 30 Julai, 2020. UMNO Sabah akan merayu kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin supaya tidak membubarkan  Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana percaya mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman mendakwa beliau memperoleh sokongan 33 daripada 65 Adun untuk membentuk kerajaan baharu. Sumber Malaysia Insight

Mohd Shafie Apdal mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah

By Bernama – 30 July 2020 KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selama kira-kira setengah jam di Istana Negeri, di sini, pagi ini. Kira-kira lima kenderaan dengan satu daripadanya mempunyai lambang Parti Warisan Sabah (Warisan) mengiringi kenderaan Mohd Shafie, masuk ke Istana Negeri melalui pintu di Padang Merdeka, pada kira-kira pukul 8.20 pagi, dan mereka dilihat keluar kira-kira setengah jam kemudian.null Pagi ini, Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan dijadual mengadakan sidang media pada pukul 10 pagi di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah…. Read More