Bekas pegawai kanan kementerian didakwa rasuah RM100,000

SHAH ALAM: Seorang bekas penolong setiausaha kanan sebuah kementerian didakwa di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan menerima suapan RM100,000 berkaitan pemberian tender pembekalan dan penghantaran baja bio organik kepada sebuah syarikat. Shahrulzaman Jaafar, 43, minta dibicarakan ke atas kedua-dua pertuduhan itu. Dia sebelum ini berkhidmat di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Dia turut didakwa atas tiga kesalahan berasingan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lalu. Pertama, meminta suapan RM2 juta manakala dua yang lain kerana menerima wang tunai berjumlah RM125,000. Kesalahan itu turut dikaitkan dengan pembekalan dan penghantaran baja bio organik kepada… Read More

Berita Ringkas |11 Persatuan Penduduk Terima Sumbangan RM1 ribu Menteri KPKT

20 Ogos, Shah Alam: RM1,000 disumbangkan kepada 11 persatuan Penduduk di Perbadanan Pengurusan Anggerik 21 Shah Alam bagi membaikpulih bangunan yang disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YBM Hajah Zuraida Kamaruddin. Sumbangan tersebut disampaikan dalam sesi taklimat oleh MBSA dan Bahagian Perkhidmatan Perbandaran KPKT di Pangsapuri Seksyen 24 Shah Alam. _PPI

Berita Ringkas |Menteri KPKT Sumbang RM10 ribu Kepada JMB Flat Seksyen 18 Shah Alam

20 Ogos, Shah Alam: Pagi ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada badan pengurusan (JMB) Pangsapuri Seksyen 18 Shah Alam. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada pengerusi badan pengurusan Pangsapuri Seksyen 18 Shah Alam dalam satu program turun padang meninjau dan mendengar permasalahan komuniti pangsapuri tersebut. _PPI