Shahidan: Jika Umno nak menang besar PRU15, kerjasama dengan PN

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) Shahidan Kassim menggesa Umno membuka pintu rundingan bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) jika parti itu mahu menang pilihan raya umum akan datang, kata laporan. Shahidan yang juga ahli parlimen Arau dipetik Utusan Online berkata rundingan bersama PN itu perlu memandangkan Timbalan Perdana Menteri Kerajaan PN Ismail Sabri Yaakob merupakan pemimpin kanan Umno. “Umno sedar jika bergerak bersendirian dalam pilihan raya, mustahil akan menang melainkan menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik. “Jadi, jika tidak bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS di dalam PN, adakah hendak bekerjasama… Read More

Ahli Parlimen PNBBC tidak letak jawatan, kekal sokong Muhyiddin

Datuk Seri Shahidan Kassim tidak faham kenapa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melanggar peraturan parti dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) tidak akan meletak jawatan dalam kerajaan dan kekal setia menyokong pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim. Pengerusi PNBBC itu menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam sebagai mengelirukan dan tidak masuk akal apabila menggesa PM berundur tetapi pada masa sama mahu Menteri… Read More

Pemuda PKR lancar ‘Jelajah Jejak Rumah Bermasalah Prima’, usaha terkini tekan PRIMA

JOHOR BAHRU: Ketua AMK merangkap MP Johor Bahru telah mengumumkan Jelajah Jejak Rumah Bermasalah Prima, melalui kenyataan dari FB beliau. Menurut Akmal, program jelajah itu bakal bermula di Port Dickson pada 4 April ini. Sebelum ini projek Prima Residensi Port Dickson antara yang diperkatakan oleh beberapa pembeli melalui media. Walau bagaimana pun, Menteri KPKT melalui inisiatif Prima telah berjaya menyelesaikan aduan pembeli-pembeli projek tersebut yang diberi jaminan bakal siap pada 30 Jun tahun ini. Kebetulan pula projek Residensi Port Dickson ini berada dalam kawasan parlimen Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi… Read More

Shahidan Kassim dilantik pengerusi baharu PR1MA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta. Perkara tersebut diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pada satu sidang media hari ini. Zuraida berkata pengalaman lima penggal sebagai wakil rakyat dan dalam tadbir urus yang ada pada Shahidan amat diperlukan untuk melonjakkan prestasi PR1MA. “Pengalaman beliau sebagai menteri besar Perlis dan pernah bertugas sebagai menteri di jabatan perdana menteri, jadi ini adalah tempat yang betul untuk beliau menjadikan misi bagi menyediakan kediaman mampu milik di negara ini,” katanya ketika mengadakan lawatan… Read More