PeKT Kuala Selangor santuni masyarakat Islam sempena Ramadhan

KUALA SELANGOR: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor meneruskan khidmat komuniti melalui beberapa program yang dijalankan sempena bulan Ramadhan ini pada 21 dan 22 April minggu ini. Penyelaras PKN Dun Bukit Melawati merangkap PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor, Shoba Selvarajoo telah menyampaikan sumbangan buah kurma rakyat Dun Bukit Melawati Parlimen Kuala Selangor. Sebanyak 500 pek buah kurma telah diedarkan. Edaran juadah sahur turut disumbangkan kepada petugas-petugas barisan hadapan tempatan iaitu Balai Bomba dan Balai Polis Kuala Selangor. _PPI

PeKT Kuala Selangor anjur gotong royong perkuburan Islam Telok Piah

11 April 2021, KUALA SELANGOR: Sempena ketibaan bulan Ramadhan, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor telah menganjurkan program gotong royong tanah perkuburan Islam Telok Piah di sini. Ini adalah usahasama dengan jawatankuasa qariah Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor. Menurut Pengerusi PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor, Shoba Selvarajoo usahasama dengan jawatankuasa qariah Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor ini bertujuan mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara PeKT dengan jemaah masjid menjelang bulan Ramadhan. _PPI

‘Food Bank’ Dun Bukit Melawati salur sumbangan

Masih wujud kekeliruan yang sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang peranan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT), yang dituduh sebagai ‘instrumen politik’ individu. PeKT Kuala Selangor terus menerus menjalankan program-program khidmat komuniti di kawasan setempat. Baru-baru ini, ahli PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Shoba Selvarajoo bersama pasukan Pejabat PeKT Kuala Selangor telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan barangan dapur dan keperluan asas kepada beberapa warga emas di Bukit Melawati. Bantuan melalui ‘Food Bank’ Dun Bukit Melawati yang diwujudkan ini adalah langkah positif menggerakkan matlamat utama Dasar Komuniti Negara memperkasakan komuniti iaitu melahirkan komuniti yang berdaya… Read More

PeKT Kuala Selangor Teruskan Khidmat Komuniti

Bukit Melawati, Kuala Selangor: Walaupun wujud kecaman politik yang mempertikaikan kewujudan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) , peranan entiti ini berterusan dalam meneruskan pemerkasaan komuniti seiring dengan Dasar Komuniti Negara. PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Shoba Selvarajoo terus melaksanakan tanggungjawab masyarakat tanpa menghiraukan kecaman-kecaman politik pembangkang yang mahu mewujudkan kekeliruan orang ramai. Sumbangan barangan keperluan dapur disampaikan kepada penduduk-penduduk Bukit Melawati dijalankan pada 20 November lepas di Pejabat Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Bukit Melawati. _PPI