Zahid dan Kluster Mahkamah seperti melepaskan anjing tersepit!

Sindir menyindir dan nada bahasa siku menyiku Zahid Hamidi dan Kluster Mahkamah semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 ke atas MP-MP Umno yang berada dalam kabinet kerajaan sudah persis seperti Anwar Ibrahim menyinggung Azmin dan kumpulannya dengan istilah ‘si kitol’ semasa Kongres Nasional PKR 2019. Apakah Zahid mendapat ‘ilham nasihat’ daripada Anwar untuk sesi siku menyiku dalam PAU lepas? Jika diandaikan, ia semacam ‘bahasa menghalau keluar’ MP-MP Umno yang berada dalam kabinet daripada parti itu. Ia tersirat walaupun secara tersurat Umno mahu semua MP dalam kerajaan meletakkan jawatan. Memang tak sedar diri… Read More

Kluster Mahkamah dan Kluster Mat Jenin Bergabung

Oleh Hizwan Ahmad Dalam sebuah forum yang melibatkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan sekutu kuat Presiden UMNO, Datuk Seri Kamal Amir yang berlangsung baru-baru ini , Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut menyebut bahawa terma kluster mahkamah adalah propaganda ciptaan J-KOM. Beliau kedengaran senada dengan rakan panelisnya sehingga keduanya kedengaran sangat membela UMNO walaupun daripada parti yang berlainan. Umum mengetahui hasrat terpendam Presiden UMNO dan PKR untuk saling menggenggam tangan dan melangkah seiringan namun terbatas dengan tentangan-tentangan dalaman ahli dan anggota parti-parti tersebut serta mungkin dihalang oleh parti komponen masing-masing. Saya berkenan… Read More

Politik ‘mengejar angka’ dan penjajaran semula politik

Tiga minggu yang hangat selepas ulangtahun pertama Perikatan Nasional pada 26 Februari lepas, isu politik ‘mengejar angka’ menjadi topik utama berita politik Malaysia. Dua MP PKR iaitu Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) membuka kejutan dengan mengisytihar diri keluar dari PKR dan menjadi MP bebas menyokong Perikatan Nasional. Kemudian selang seminggu MP Kuala Langat, Xavier Jayakumar pula mengumumkan perletakan jawatan Naib Presiden PKR dan keluar parti. Beliau juga menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional. Peristiwa wakil rakyat keluar dan meninggalkan parti kembali melanda PKR. Imbasan pada penggal ke-12 dulu… Read More

PKR-Umno senada desak PRU15 segera diadakan

Jika mengikut perspektif pemikiran rakyat biasa, keadaan politik semasa negara telah digambarkan kepada mereka tidak stabil dan banyak permainan politik terjadi. Itu hal yang disogok oleh beberapa parti bukan kerajaan seperti PKR dan PAN termasuk Pejuang. Jangan terkejut kerana ada segelintir politikus Umno senada kepada naratif blok pembangkang. Kelompok segelintir ini dikenali sebagai Kluster Mahkamah iaitu politikus kanan Umno yang telah dijatuhi hukuman dalam usaha merayu, yang sedang menghadapi pendakwaan mahkamah dan sebahagian lagi masih dalam proses didakwa. Kluster Mahkamah Umno ini yang paling kaget apabila kerajaan semasa Perikatan Nasional tidak mahu… Read More