Keberkesanan vaksin Sinovac, Pfizer sama – Dr Noor Hisham

Kuala Lumpur: Keberkesanan vaksin Sinovac dari China adalah sama dengan vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat (AS) dalam melawan Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia dibuktikan dengan data perubatan yang menunjukkan keberkesanan vaksin Sinovac dalam penggunaan secara praktikal. “Data membuktikan, tidak ada banyak perbezaan antara vaksin Sinovac dan Pfizer dalam penggunaannya. “Kedua-duanya sangat berkesan untuk mencegah penyakit teruk dan dimasukkan ke hospital, namun kurang berkesan terhadap gejala ringan atau tidak bergejala,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini. Beliau berkongsi laporan Jurnal Perubatan New England yang diterbitkan… Read More

Vaksinasi : Empat hari berturut berjaya lebihi 400,000 dos sehari

KUALA LUMPUR, 16 JULAI : Malaysia kini antara negara dengan kadar vaksinasi terpantas di dunia, dengan lebih 400,000 dos suntikan vaksin Covid-19 diberi selama empat hari berturut-turut. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menyatakan semalam, sebanyak 460,158 dos suntikan telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Jumlah itu mengatasi pemberian vaksin pada hari sebelumnya (14 Julai) iaitu sebanyak 434,828 dos. Kenaikan ini menunjukkan perkembangan yang amat positif terhadap program vaksinasi negara. Secara keseluruhan, sebanyak 13,107,681 dos vaksin telah diberikan setakat ini di seluruh negara sejak PICK dijalankan pada 24… Read More

Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta pihak berkuasa dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) membuat siasatan penuh berhubung dakwaan vaksin dijual oleh syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan kepada kumpulan persendirian. Presiden MMA, Prof Datuk Dr M Subramaniam, berkata pihaknya dimaklumkan vaksin berkenaan dijual dengan harga kira-kira RM400 bagi dua dos untuk seorang individu. Katanya, proses vaksinasi didakwa dijalankan sebuah fasiliti penjagaan kesihatan swasta. “MMA memandang serius perkara ini kerana ketika ini kerajaan adalah pengimport dan pengedar rasmi vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).null “Jila dakwaan mengenai jualan vaksin secara persendirian… Read More